Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penjualan F-15EX Pada Indonesia Tidak “Ubah Imbangan Ketenteraan” Di Rantau

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, cadangan penjualan 36 pesawat F-15EX kepada Indonesia akan menyokong matlamat dasar luar dan keselamatan Amerika Syarikat dengan meningkatkan keselamatan rakan serantau yang penting.

0 7,465

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Cadangan penjualan 36 buah pesawat pejuang F-15EX bernilai US$13.9 bilion (RM55.6 bilion) oleh Amerika Syarikat kepada Indonesia tidak akan mengubah keseimbangan asas ketenteraan di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Perkara itu dinyatakan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan tentang cadangan penjualan itu.

“Cadangan penjualan peralatan itu (36 buah pesawat pejuang F-15EX dan sokongan tidak akan mengubah keseimbangan asas ketenteraan di rantau terbabit,” menurut kenyataan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat itu.

Cadangan penjualan itu juga menurut Jabatan Negara, akan menyokong matlamat dasar luar dan keselamatan Amerika Syarikat dengan meningkatkan keselamatan rakan serantau yang penting kepada Amerika Syarikat.

Ia (cadangan penjualan F-15EXkepada Indonesia) juga akan meningkatkan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Asia Pasifik.

F-15EX

“Adalah amat penting kepada kepentingan Amerika Syarikat untuk membantu Indonesia dalam membangunkan dan mengekalkan kemampuan pertahanannya yang berkesan,” menurut jabatan itu.

Cadangan penjualan 36 buah pesawat F-15EX itu akan meningkatkan kemampuan Indonesia dalam menangani ancaman pada masa ini dan masa depan di dalam domain udara dan maritim yang amat kompleks.

Indonesia menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, tidak mempunyai masalah untuk menyerap pesawat-pesawat itu dan peralatannya ke dalam angkatan tenteranya.

Dua hari lepas, Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata ia telah meluluskan cadangan penjualan 36 buah pesawat F-15EX kepada Indoneisa dijangka menelan belanja sebanyak US$13.9 bilion (RM55.6 bilion).

F-15EX

Pesawat F-15EX ini adalah adalah pesawat F-15C yang dinaiktaraf.

Kelulusan cadangan penjualan pesawat F-15EX menyusul keputusan Jakarta untuk membelanjakan US$8.1 bilion (RM32.4 bilion) juta bagi memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis.

Secara keseluruhannya, kerajaan Indonesia dipimpin oleh Presiden Joko Widodo berpotensi membelanjakan sehingga RM88 bilion untuk mendapatkan 42 buah pesawat pejuang Rafale dan 36 buah F-15EX (pending negotiations).

F-15EX

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Menurut kenyataan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, Washington juga meluluskan penjualan 87 buah enjin jet F110-GE-129 or F100-PW-229,  45 AN/APG-82(v)1 Advanced Electronically Scanned Array (AESA) Radars,  45 buah AN/ALQ-250 Eagle Passive Active Warning Survivability Systems (EPAWSS), 48 buah Advanced Display Core Processor (ADCP) II digital computers, 80 buah Joint Helmet Mounted Cueing Systems (JHMCS),  92 buah Embedded Global Positioning Systems (GPS)/Inertial Navigation System (EGI) security devices,  40 buah AN/AAQ-13 LANTIRN navigation pods, 40 buah AN/AAQ-33 Sniper Advanced Targeting Pods (ATP), 40 buah M61A “Vulcan” gun systems dan lain-lain lagi.

Selepas daripada kelulusan itu, kerajaan kedua-dua negara serta syarikat Boeing yang membangunkan pesawat F-15EX akan memulakan rundingan penjualan pesawat itu.

Jika Indonesia membeli pesawat itu, ia akan dikenalpasti dengan identiti F-15ID. — DSA

F-15EX

 

Comments
Loading...