Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TLDM Bakal Operasi Dron “ScanEagle” Di Stesen LIMA, Spratly

Tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menempatkan sistem dron ScanEagle di Stesen Lima, Pulau Layang-Layang itu sudah semestinya akan meningkatkan kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) untuk mengawasi perairan milik negara di Kepulauan Spratly yang semakin "panas" itu.

0 4,519

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengoperasikan sebuah sistem pesawat tanpa pemandu “ScanEagle” di Stesen LIMA yang terletak di Pulau Layang-Layang, Kepulauan Spratly.

Kehadiran dron “ScanEagle” dan peralatan sokongannya bakal meningkatkan lagi kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) TLDM di sekitar Terumbu Layang-Layang dan Kepulauan Spratly amnya.

Sebagaimana yang kita ketahui, Kepulauan Spratly yang dikatakan kaya dengan minyak dan gas itu adalah “panas” dengan beberapa negara serantau seperti China, Vietnam dan Filipina mendakwa keseluruhan kawasan kepulauan itu atau sebahagiannya adalah hak milik mereka.

Scaneagle
Scaneagle dioperasikan oleh anggota TLDM.

 

China sebagai contohnya, telah menjadikan beberapa terumbu karang di Kepulauan Spratly sebagai pangkalan tenteranya, menempatkan pesawat-pesawat tentera, kemudahan radar dan komunikasi serta kapal-kapal perang.

Tindakan TLDM menempatkan sistem dron ScanEagle di Stesen Lima, Pulau Layang-Layang itu sudah semestinya akan meningkatkan kemampuannya untuk mengawasi perairan milik negara di Kepulauan Spratly itu.

TLDM dipercayai memiliki 12 buah dron ScanEagle yang dibangunkan oleh syarikat Boeing-Insitu.

Sistem dron itu disumbangkan kepada Malaysia oleh Amerika Syarikat di bawah program Maritime Security Initiative (MSI) yang bermatlamat untuk meningkatkan kemampuan pemantauan maritime dan pertahanan negara-negara rakan Washington.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Pertahanan pada May 2019, ia berkata, syarikat Insitu dianugerahkan kontrak bernilai US$48 juta untuk membekalkan 48 buah sistem dron ScanEagle kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

ScanEagle
(TLDM)

 

TLDM mula menerima sistem dron ScanEagle itu pada Mei 2020 dan kini dioperasikan oleh Skuadron 601 yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Dron ScanEagle memiliki berat sekitar 22kg dengan kelajuan maksimum 150 km/j itu membolehkannya berkemampuan untuk beroperasi selama 12 jam dengan ketinggian pengoperasian ideal bermula dari 762 meter sehingga 1,524 meter.

Hasrat TLDM untuk menempatkan dron ScanEagle di Kepulauan Spratly itu mula dilaporkan oleh blog pertahanan tempatan, Malaysian Defence selepas Kementerian Pertahanan mengiklankan notis sebut harga “PERKHIDMATAN SEWAAN MOBILISASI ASET DAN PERALATAN UNMANNED AERIAL SYSTEM (UAS) SCANEAGLE KE STESEN LIMA TLDM” di laman web eperolehan.gov,my semalam.

Layang-Layang
Stesen LIMA Pulau Layang-Layang

 

Notis itu adalah adalah untuk mempelawa pihak-pihak yang berminat untuk memberikan perkhidmatan secara pakej ”door-to-door” untuk memindahkan sebuah sistem lengkap ScanEagle berserta peralatan dan kenderaan sokongan daripada Stesen Udara Kota Kinabalu di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu ke Stesen LIMA TLDM.

Perkhidmatan itu menggunakan barge atau kapal laut kargo dan pemindahan perlu dilaksanakan sekali gus (single trip) sehingga kesemua peralatan ditempatkan di lokasi yang ditentukan.

Tempoh pelayaran daripada Kota Kinabalu ke Stesen LIMA di Pulau Layang-Layang itu dijangka mengambil masa sekitar 32 jam bergantung pada keadaan cuaca — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...