Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tunku Mahkota Johor Lawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura

Menurut hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor hari ini, Tunku Mahkota Johor yang diiringi oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura, Zaqy Mohamad dipersembahkan dengan demonstrasi Close Quarters Battle (CQB) oleh anggota komando SAF.

0 1,610

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah melawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 12 Julai 2023 di Kem Pasir Ris, Singapura.

Menurut hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor hari ini, Tunku Mahkota Johor yang diiringi oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura, Zaqy Mohamad dipersembahkan dengan demonstrasi Close Quarters Battle (CQB) oleh anggota komando SAF.

Baginda turut dijemput untuk mempamerkan kemahiran aksi menembak dalam satu rutin latihan menembak tentera.

JMF
(kredit Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor )
JMF
(kredit Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor )

 

Sesi lawatan tersebut diteruskan dengan demonstrasi Airborne dan mengelilingi kem bersama kenderaan Combat Jeep pasukan SAF. Allah Peliharakan Sultan.

Lawatan rasmi Tunku Ismail bersama isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam  ke republik itu atas undangan Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Tunku Ismail ditemani pegawai istana dan pemimpin negeri Johor.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching akan menjadi tuan rumah kepada baginda untuk sesi minum teh.

Dr Vivian dan isterinya pula akan menjadi hos bagi jamuan makan malam sebagai memberi penghormatan kepada pasangan diraja.

JMF
(kredit Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor )
JMF
(kredit Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor )

 

Kenyataan penuh yan disiarkan dalam Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor adalah – “DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) meluangkan masa untuk melawat Markas Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 12 Julai 2023 di Kem Pasir Ris, Singapura.”

“DYAM Tunku Mahkota Johor yang diiringi oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Singapura, Zaqy Mohamad dipersembahkan dengan demonstrasi Close Quarters Battle (CQB). Baginda turut dijemput untuk mempamerkan kemahiran aksi menembak dalam satu rutin latihan menembak tentera.”

“Sesi lawatan tersebut diteruskan dengan demonstrasi Airborne dan mengelilingi kem bersama kenderaan Combat Jeep pasukan SAF. Allah Peliharakan Sultan.”

JMF
(kredit Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor )
JMF
(kredit Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor )

 

Pada akhir tahun lepas,  Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force – JMF) turut mengumumkan ia memiliki “Quick Action Team” (Pasukan Tindak Cepat) sebagaimana yang dipaparkannya menerusi akaun Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Menerusi hantaran di akaun Facebook itu, dinyatakan bahawa DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor memeriksa pasukan QAT, Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan peralatan baharu. — DSA

JMF
(kredit Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor )

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...