Perancis Pertaruh “Super Rafale” (Rafale F5) Untuk Kalahkan F-35 Amerika Syarikat
Dipanggil Rafale F5 atau “Super Rafale”, Perancis berharap varian terkini pesawat pejuang kebanggaannya itu dapat “menawan kembali” pasaran eksport yang kerap kali ia kecundang terutamanya di tangan pesawat pejuang F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula daripada tahun depan hingga 2030, Perancis akan mula membangunkan varian pesawat pejuang Rafale yang lebih canggih, di mana ia dan syarikat pembuat pesawat pejuang itu, Dassault Aviation berharap dapat “mengalahkan” pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat.
Dipanggil Rafale F5 atau “Super Rafale”, Perancis berharap varian terkini pesawat pejuang kebanggaannya itu dapat “menawan kembali” pasaran eksport yang kerap kali ia kecundang terutamanya di tangan pesawat pejuang F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin.
Syarikat Dassault Aviation sebenarnya tersentak apabila telah berkali-kali kalah dengan F-35 dalam persaingan untuk membekalkan pesawat pejuang di beberapa negara Eropah termasuk jirannya, walaupun ia juga turut mengecapi kemenangan di Timur Tengah dan Asia seperti di Indonesia.

Tersentak dengan beberapa kekalahan di Eropah telah menyebabkan syarikat Perancis itu untuk berusaha membangunkan varian “Super Rafale” untuk mencabar F-35.
Varian pesawat “Super Rafale” itu akan direkabentuk supaya ia boleh beroperasi secara berpasangan dengan beberapa dron loyal wingman dipanggil “nEUROn”, yang dikawal sendiri oleh juruterbang-juruterbang varian terkini pesawat pejuang itu.
Walau dikawal oleh juruterbang “Super Rafale” itu,namun “nEUROn” akan tetap mempunyai autonominya sendiri.
Pesawat itu juga akan dilengkapi dengan radar jamming dengan sistem pertahanan diri bagi membolehkan ia mewujudkan “belon pertahanan diri” bagi dirinya dan sistem lain yang bersama-sama dengannya dalam operasi itu.
Radar-radar jamming yang bakal melengkapi “Super Rafale” itu akan membantu masalah yang membelenggu pesawat Rafale pada masa ini iaitu kekurangan di dalam operasi SEAD (Suppression of Enemy Air Defences).
“Super Rafale” juga akan direkabentuk bagi membolehkan ia membawa peluru berpandu baru hasil usahasama Perancis dan Britain dipanggil Future Cruise Missile (FCM) dan juga Future Anti-Ship Missile (FASM).
Ia tidak lagi akan menggunakan peluru berpandu kruis SCALP/Storm Shadow dan AM39 Exocet.
Comments are closed.