Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Russia Terima Imbuhan RM16,000 Kerana Musnahkan HIMARS Ukraine

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, habuan paling tinggi diterima oleh anggota tentera Russia adalah 300,000 Rubles (US$3,500) kerana berjaya memusnahkan sistem pelancar roket berganda HIMARS dan sistem peluru berpandu darat ke darat, TOCHKA-U milik Tentera Ukraine.

0 6,562

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kira-kira 10,000 anggota tentera Russia telah menerima habuan berbentuk wang tunai hasil kejayaan mereka memusnahkan peralatan ketenteraan Ukraine seperti sistem roket lancaran berganda HIMARS buatan Amerika Syarikat serta pesawat pejuang dan helikopter.

Anggota tentera Russia yang berjaya memusnahkan kereta-kereta kebal Leopard dan kereta perisai buatan negara-negara Barat serta NATO dalam pertempuran di wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine juga menerima bayaran khas wang tunai diatas kejayaan mereka.

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, habuan paling tinggi diterima oleh anggota tentera Russia adalah 300,000 Rubles (RM16,000) kerana berjaya memusnahkan sistem pelancar roket berganda HIMARS dan sistem peluru berpandu darat ke darat, TOCHKA-U milik Tentera Ukraine.

Russia
Sistem peluru berpandu TOCHKA yang berjaya ditembak jatuh.

 

“Diatas kejayaan mereka memusnahkan 15 buah sistem pelancar TOCHKA-U dan HIMARS, anggota tentera Russia menerima bayaran sebanyak 300,000 Rubles setiap seorang,” menurut Kementerian Pertahanan Russia.

Selain itu, bayaran sebanyak 300,000 Rubles juga dibuat terhadap anggota tentera Russia yang berjaya menembak jatuh 45 buah helikopter dan 71 pesawat pejuang milik tentera Ukraine.

Kementerian Pertahanan Russia memberitahu bahawa sebanyak 10,000 anggota tentera negara itu telah menerima bayaran wang tunai khas atas kejayaan mereka dalam memusnahkan kelengkapan ketenteraan pihak musuh.

Pada tahun lepas, 7,064 anggota tentera Russia menerima bayaran khas kerana memusnahkan 11,586 kelengkapan anggota tentera Ukraine.

Sehingga 31 Mei tahun ini, Russia telah membayar sebanyak  50,000 Rubles (RM2,700) or 100,000 Rubles (RM5,500) kepada setiap seorang anggota tentera Russia kerana memusnahan 4,415 kelengkapan tentera Ukraine.

Russia
Sistem TOCHKA Ukraine

 

“Pada tahun 2023, sebanyak 10,000 Rubles telah diterima oleh anggota tentera yang berkhdidmat dengan unit-unit darat dan payung terjun serta marin dan artileri yang berjaya memusnahkan ratusan kereta kebal tentera Ukraine.”

“Bayaran sebanyak 50,000 Rubles terhadap anggota tentera Ukraine juga telah dibuat atas kejayaan mereka memusnahkan 1,501 kenderaan tentera Ukraine, sistem artileri mudah alih dan 85 sistem lancar roket berganda,” kata Kementerian Pertahanan Russia.

Bagi operator sistem pertahanan udara Russia, kejayaan memintas dan memusnahkan 941 peluru berpandu dan roket yang dilancarkan oleh tentera Ukraine daripada sistem TOCHKA, Alder, Smerch, Uragan dan HIMARS serta pesawat tanpa pemandu juga menerima bayaran tunai sebanyak 50,000 Rubles.

Kementerian Pertahanan Russia juga membayar 200,000 (RM11,000) Rubles terhadap anggota tentera Russia yang berjaya memusnahkan enam buah boat tanpa pengemudi Ukraine yang menyerang kapal-kapal Russia di Crimea baru-baru ini. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...