Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Setuju Beli Enam Buah Pesawat Pejuang Rafale

Jakarta juga bercadang memperolehi 30 buah pesawat pejuang Rafale pada masa depan, bagi membawa keseluruhan pesawat pejuang buatan Perancis digunakan negara itu kepada 36 buah, cukup untuk melengkapkan tiga buah skuadron.

2,870

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sumber-sumber memberitahu media Perancis bahawa Indonesia telah bersetuju untuk memperolehi enam buah pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan  oleh syarikat aeroangkasa negara itu, Dassault Aviation.

Jakarta juga bercadang memperolehi 30 buah pesawat pejuang Rafale pada masa depan, bagi membawa keseluruhan pesawat pejuang buatan Perancis digunakan negara itu kepada 36 buah, cukup untuk melengkapkan tiga buah skuadron.

Menteri Pertahanan Perancis Florence Parly akan berada di Jakarta hari ini dimana beliau dijangka memuktamadkan perolehan pesawat Rafale itu untuk Tentera Udara Indonesia, yang buat pertama kali akan digunakan oleh tentera udara negara Asean.

Indonesia akan menjadi negara kelapan di dunia yang menjadi pengguna pesawat Rafale.

Negara-negara pengguna Rafale yang lain adalah Tentera Udara Perancis, Qatar, Mesir, India, Greek, Croatia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.

Rafale

Indonesia dijangka memberikan pesawat Rafale F3-R untuk kegunaan tentera udaranya.

Pesawat Rafale F3-R merupakan pesawat Rafale yang telah dinaiktaraf pada 2014 oleh Dassault Aviation, Thales, MBDA dan Safran.

Usaha menaiktaraf itu melibatkan kerja-kerja peningkatan kemampuan software dan hardware termasuk pengintegrasian peluru berpandu udara-ke-udara “Meteor” Beyond Visual Range  dan peluru berpandu panduan laser udara-ke-darat Sagem Armement Air-Sol Modulaire (AASM).

Rafale

Varian terkini pesawat Rafale F3-R itu juga akan menggunakan radar AESA (active electronically scanned array) “RBE2” yang dibangunkan oleh Thales.

Pesawat juga akan menggunakan Pod Sasaran (Targeting Pod) “Talios”, refueling pod dan “Spectra” electronic warfare system serta Automatic Ground Collission Avoidance System.  

Negara tetangga itu meneruskan pembelian pesawat Rafale tidak lama selepas ia memutuskan untuk membatalkan pembelian pesawat Sukhoi Su-35 (Flanker-E) daripada Russia berikutan ancaman CAATSA (Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act (CAATSA) Amerika Syarikat.

Rafale

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Selain membeli pesawat Rafale daripada Perancis, Jakarta juga sedang menimbangkan untuk memperolehi sehingga lapan buah pesawat F-15EX, yang merupakan varian terkini kepada pesawat pejuang yang turut digunakan oleh Tentera Udara Singapura.

Rundingan antara Jakarta dan Washington berkenaan penjualan pesawat F-15EX masih lagi berlangsung. — DSA

 

 

Comments are closed.