Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh Baru Untuk “Pantau” Selatan Tanahair

Sememangnya tindakan menempatkan radar pertahanan udara jarak jauh di selatan tanah air di selatan tanah air itu adalah amat tepat kerana sebagaimana yang kita tahu, terdapat banyak "pengerakan udara" di kawasaan selatan tanah air .

5,095

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan bakal memperolehi sebuah radar pertahanan udara jarak jauh yang baru untuk menggantikan radar seumpama sedia ada Bukit Lunchu, Plentong di Johor bagi mengawal ruang udara negara di selatan tanah air daripada segala pencerobohan dan elemen-elemen lain yang mengancam keselamatan negara.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang menyentuh tentang perkara demikian di Dewan Rakyat baru-baru ini berkata radar pertahanan udara jarak jauh yang akan ditempatkan di Johor itu akan diperolehi pada suku pertama tahun depan.

Perolehan radar jarak jauh itu akan dilakukan secara tender terbuka antarabangsa.

Radar pertahanan udara jarak jauh di Bukit Lunchu, Plentong itu digunakan untuk memantau ruang udara negara bahagian selatan tanah air dan kawasan persekitarannya.

Sebelum ini Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad telah pun mengatakan bahawa TUDM sedang didalam proses perolehan radar-radar pertahanan udara bagi memastikan keselamatan ruang udara negara sentiasa terjamin.

Radar

Sememangnya tindakan menempatkan radar pertahanan udara jarak jauh di selatan tanah air di selatan tanah air itu adalah amat tepat kerana sebagaimana yang kita tahu, terdapat banyak “pengerakan udara” di kawasaan selatan tanah air .

Banyak pangkalan udara negara-negara jiran juga terletak di selatan tanah air yang memerlukan pemantauan berterusan oleh pihak TUDM mengendalikan radar pertahanan udara jarak jauh itu.

Pangkalan-pangkalan udara milik negara jiran ini adalah pangkalan udara yang penting dan ia memerlukan pemantauan.

Radar
Dua buah pesawat pejuang F-15SG Tentera Udara Republik Singapura di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Selain Pangkalan Udara Tengah dan Pangkalan Udara Paya Lebar milik Tentera Udara Singapura, Indonesia juga memiliki Pangkalan Udara Hang Nadim di Pulau Batam, berhampiran Johor yang menempatkan aset-aset udaranya yang berpotensi melaksanakan pelbagai misi.

Admin pun pasti banyak “penerbangan-penerbangan mencurigakan” sama ada menggunakan pesawat atau pesawat tanpa pemandu berlaku di selatan tanah air yang memerlukan kita sentiasa berada di dalam keadaan bersedia.

TUDM
Pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM (gambar kredit Bernama)

 

Berita-berita “penerbangan mencurigakan” ini tidak akan dilaporkan oleh media arus perdana (yang memerlukan sumber rasmi untuk dipetik).

Sesiapa yang tinggal sama ada di Gelang Patah,  Pasir Gudang malah di Pengerang di Johor pun boleh memberikan perakuan bahawa “aktiviti udara” di negara jiran adalah amat aktif terutamanya apabila ada latihan untuk kerahan tenaga National Service mereka.

Sebelum ini kita pun sudah tahun dalam pertengahan tahun, Kementerian Pertahanan telah pun mengeluarkan tender perolehan sebuah radar jarak jauh dan negara juga akan menerima sebuah radar pertahanan udara jarak jauh sumbangan Amerika Syarikat yang akan ditempatkan di Labuan bagi pengawasan ruang udara di Laut China Selatan.

Mengikut portal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Skuadron 323 TUDM Bukit Lunchu berkuatkuasa mulai 15 Julai 1999  bagi mengawasi ruang udara selatan Semenanjung Malaysia.

Radar
Pesawat Su-30MKM Indonesia di Pangkalan Udara Hang Nadim di Pulau Batam.

Skn 323 TUDM Bukit Lunchu bertanggungjawab mengawasi ruang udara di bahagian selatan Semenanjung Malaysia dengan mengumpul maklumat yang diperolehi melalui radar.

Maklumat berkenaan akan disalurkan ke Markas No. 1 Divisyen Udara samada untuk arahan misi pemintasan atau lain-lain arahan.

Di dalam konteks Sistem Pertahanan Udara Nasional (NADS) semasa perang, Skn 323 TUDM Bukit Lunchu akan menghubungi skuadron-skuadron pesawat tempur di Kuantan dan Butterworth untuk tindakan pemintasan apabila radarnya mengesan kemaraan pesawat musuh.

Radar

Radar di skuadron ini adalah jenis mudah alih (mobile) dan boleh digerakkan dan ditempatkan di kawasan lain apabila diarahkan.

Sebelum ini ruang udara kawasan selatan Semenanjung tidak dikawal oleh mana-mana radar tentera melainkan kawalan terhad oleh radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (JPAM) di Senai.

Keadaan ini menjadikan ruang udara di selatan Semenanjung terdedah kepada risiko pencerobohan pesawat-pesawat asing.

Skuadron ini dilengkapi dengan Pertahanan Udara Nasional(NADS) yang memerlukan intergrasi di antara unit-unit radar, markas serta unit-unit tempur.

Penubuhan Skn 323 ini juga sejajar dengan keperluan organisasi TUDM.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.