Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kementerian Pertahanan Keluarkan Tender Untuk Perolehan Sistem Radar Jarak Jauh 3D

Mana-mana syarikat pertahanan yang berminat perlu menyerahkan dokumen tender mereka kepada Kementerian Pertahanan sebelum 30 Ogos ini.

0 3,525

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam kehangatan isu pencerobohan 16 buah pesawat tentera China baru-baru ini, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah mengeluarkan tender bagi perolehan sebuah sistem radar jarak jauh 3D untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Mana-mana syarikat pertahanan yang berminat perlu menyerahkan dokumen tender mereka kepada Kementerian Pertahanan sebelum 30 Ogos ini.

Sebenarnya, Kementerian Pertahanan telah merancang untuk memperolehi sebuah sistem radar jarak jauh pada tahun lepas tetapi tertangguh disebabkan pandemik COVID-19.

Pada tahun lepas juga kita diberitahu bahawa Amerika Syarikat akan memberikan sebuah radar jarak jauh kepada Malaysia, tetapi tiada perkembangan baru setakat ini.

Laporan mengatakan Washington akan memberikan tiga buah radar TPS-77 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin kepada Malaysia dan Indonesia.

Kontrak itu telah pun diumumkan dalam notis kerajaan Amerika Syarikat.

Radar
Radar TPS-77 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

 

Nampak gaya, perolehan radar jarak jauh itu yang tertangguh pada tahun lepas akan diteruskan tahun ini dan kita berharap ia berjalan dengan lancar kerana selepas insiden kehadiran 16 buah pesawat tentera China itu hanya menjadikan perolehan radar serta apa-apa sistem pertahanan udara menjadi lebih penting.

Pesawat-pesawat China itu yang terdiri daripada pesawat pengangkut Ilyushin IL-76 dan Xian Y-20 hanya berada kira-kira 60 batu nautika daripada ruang udara Sarawak.

Insiden itu sepatutnya menjadi suatu “wake-up call” kepada kita supaya meningkatkan lagi sistem pertahanan udara terutamanya dan sistem pertahanan negara secara keseluruhannya.

Selain sistem pertahanan udara, admin juga mengharapkan kerajaan dalam mempercepatkan perolehan “big ticket asset” seperti yang telah diumumkan sebelum ini iaitu Light Combat Aircraft (LCA) serta a new batch of Multi Role Combat Aircraft (MRCA).

Tidak perlu tunggu selepas tahun 2030 untuk memperolehi MRCA baru bagi membantu Cik Su dan Hornet kita.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM. (kredit TUDM)

 

Walaupun begitu, pujian perlu diberikan kepada TUDM dan ATM  di dalam insiden kehadiran pesawat-pesawat tentera China itu.

Radar-radar pertahanan udara yang dioperasikan oleh TUDM berjaya mengesan kehadiran pesawat-pesawat China menghampiri Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan seterusnya scramble pesawat pejuang Hawk 208 untuk memintas mereka.

Kehadiran pesawat-pesawat pejuang TUDM itu daripada pangkalan udara Labuan berjaya mengekang dan seterusnya menghalau pesawat-pesawat China itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...