Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam Bergerak 155mm Manakah Menjadi Pilihan Tentera Darat?

Syarikat-syarikat asing dan rakan-rakan tempatan dikatakan sedang bersiap-sedia memasuki tender perolehan self propelled howitzer untuk tentera darat yang dikatakan bakal diiklankan tidak lama lagi.

0 10,111

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Selepas beberapa tahun menunggu, akhirnya Kementerian Pertahanan menerusi Menterinya telah menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal melakukan perolehan beberapa aset untuk tentera darat termasuk meriam bergerak beroda (wheeled self-propelled howitzer).

Syarikat-syarikat asing dan rakan-rakan tempatan dikatakan sedang bersiap-sedia untuk memasuki tender untuk perolehan self propelled howitzer untuk tentera darat yang dikatakan bakal diiklankan tidak lama lagi, sebagaimana diperkatakan oleh komuniti pertahanan tempatan.

Sebenarnya, spekulasi berkenaan perolehan self-propelled howitzer (sama ada wheeled atau tracked) ini telah lama kedengaran, sekurang-kurang lebih daripada 10 tahun, lama sebelum Indonesia mahupun Thailand memperolehi meriam bergerak Caesar 155mm 52 cal mereka.

caesar
Sistem Caesar 155mm oleh syarikat Nexter Systems.

 

Tetapi apakan daya, faktor kesempitan peruntukan kewangan sentiasa membelenggu perancang-perancang pertahanan kita.

Bagaimanapun, cita-cita Tentera Darat untuk memiliki meriam bergerak nampak akan menjadi menjadi kenyataan pada tahun ini, malah poster mengenai rancangan perolehan meriam itu telah pun terpapar di dalam Facebook Menteri Pertahanan baru-baru ini. 

Tentera Darat mempunyai keperluan sehingga 36 buah meriam bergerak beroda untuk memenuhi keperluan unit-unit mekanis Tentera Darat, bagaimanapun dikatakan hanya 18 buah meriam akan diperolehi  oleh tentera darat pada peringkat awal.

Sebanyak 18 buah meriam itu akan dibeli pada Rancangan Malaysia ke-12 di bawah peringkat pertama manakala tambahan 18 buah lagi lagi akan diperolehi pada peringkat kedua dalam rancangan lima tahun yang seterusnya, membawa keseluruhannya kepada 36 buah juga.

CAESAR

 Ia adalah lebih kurang sama dalam program perolehan pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk TUDM dengan 18 buah pesawat dibeli pada RMK-12, manakala tambahan 18 buah lagi pada RMK-13.

Antara yang bakal memasuki tender itu adalah meriam SPH beroda “Caesar” 155mm 52-cal yang dibangunkan oleh syarikat Nexter Systems (dahulu dikenali dengan nama GIAT) yang berpangkalan di Perancis.

Sememangnya dan sepatutnya, “Caesar” ini menjadi frontrunner kerana ia telah pun diuji oleh tim penilai Tentera Darat selama beberapa tahun lamanya, meliputi keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia.

Komitmen Nexter System terhadap jangkaan kontrak daripada Malaysia ini memang perlu dipuji, ditambah pula ia telah menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan dalam memasang meriam LG1 105mm MKIII yang kini digunakan oleh Briged Para.

CAESAR

Pada pameran DSA 2022 baru-baru ini, syarikat tempatan,  Advanced Defence Systems Sdn Bhd (ADS) telah menandatangani MoU dengan syarikat Nexter System (Nexter) untuk memasang sistem meriam howitzer bergerak CAESAR  155mm 52 Cal yang dibangunkan oleh syarikat Perancis itu, sekiranya ia memenangi tender daripada Kementerian Pertahanan.

Jika ia memperolehi tender daripada Kementerian Pertahanan, syarikat akan memasang sistem CAESAR 155mm self-propelled howitzer itu kemudahan pemasangan meriam miliknya di Segamat Johor.

Dalam satu kenyataan bersama, syarikat tempatan dan Nexter itu melahirkan berkeyakinan bahawa pembangunan ekonomi dalam industri pembuatan meriam di Malaysia akan terus berkembang sekiranya ia berjaya membekalkan meriam Caesar itu kepada Angkatan Tentera Malaysia.

“Dengan adanya sistem CAESAR 155mm di Malaysia,  rantai bekalan menerusi penggunaan produk tempatan akan dapat dipertingkatkan,” menurut kenyataan bersama itu.

CAESAR
Meriam bergerak CAESAR 155mm 52 cal dengan kenderaan 8×8.

 

Syarikat tempatan itu, ADS sebelum ini telah berjaya memasang dan menghantar 18 units meriam 105mm LG1 MKIII kepada Tentera Darat Malaysia pada Disember 2020, empat bulan lebih awal daripada kontrak.

Selain itu, sistem-sistem meriam SPH beroda yang dijangka menyertai persaingan Kementerian Pertahanan itu termasuklah  “Archer” mobile howitzer system 155mm 52-cal yang dibangunkan oleh syarikat BAE Systems.

Antara kelebihan sistem ini,ia boleh diangkut oleh pesawat pengangkut strategik A400M Atlas sebagaimana yang dimiliki oleh TUDM, memudahkan ia untuk diaturgerak ke mana-mana lokasi di Malaysia.

Sebagaimana yang kita tahu, BAE System juga telah lama bertapak di Malaysia dan mempunyai hubungan baik dengan Kementerian Pertahanan.

Peluang sistem Archer itu juga tidak harus dipandang ringan.

Archer
Sistem “Archer” oleh BAE Systems.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Selain itu, meriam bergerak beroda “Yavuz” yang dibangunkan oleh firma pertahanan Turki, MKEK dan sistem “T5” oleh syarikat pertahanan Afrika Selatan, Denel juga dijangka memberikan saingan dalam tender yang bakal dibuka oleh Kementerian Pertahanan.

Syarikat tempatan, MA Analytics Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan tiga buah syarikat pertahanan Turki,  terdiri daripada Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), Katmerciler dan IVEO Defence.

MKE bersama-sama satu lagi syarikat negara itu, Yol-Bak merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem meriam bergerak beroda (wheeled self propelled howitzer) 155mm 52 Cal  “MKE Yavuz” untuk keperluan Angkatan Tentera Turki.

Meriam 155mm 52 Cal yang digunakan oleh “Yavuz” adalah “Panter”, yang turut dibangunkan oleh syarikat MKE serta berkemampuan menembak sejauh 40km.

Yavuz
Sistem “MKE Yavuz” 155mm 52 Cal buatan syarikat MKE daripada Turki.

 

Kenderaan pembawa meriam adalah daripada jenis MAN 6×6 yang boleh membawa sehingga 5 krew terdiri daripada pemandu, commander, gunner dan dua orang loader selain 18 butir peluru meriam 155mm.

Kenderaan juga adalah fully armoured, dilindungi daripada tembakan senjata ringan dan serpihan letupan.

Meriam-meriam lain adalah NORA B-52 K1 155mm yang dibangunkan oleh syarikat Yugoimport SDPR J.P dan ZUZANA 2 155mm yang dibangunkan oleh syarikat KONŠTRUKTA-Defence dan ZTS – ŠPECIÁL daripada Republik Slovak.

Yavuz
“MKE Yavuz”

 

Satu lagi meriam adalah, meriam SPH beroda SH-15 155m yang dibangunkan oleh firma pertahanan China, NORINCO.

Ok,di antara banyak-banyak meriam SPH ini, apakah pilihan Malaysia. — DSA

Comments
Loading...