Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Dalam Dilemma “Mahu Jual Atau Tidak” F-35 Pada Thailand

Walaupun Thailand adalah negara sekutu tradisi Amerika Syarikat yang “diikat” dengan perjanjian (treaty) tetapi penganalisis ketenteraan serantau tidak pasti sama ada permintaannya untuk membeli pesawat F-35 itu akan dilayan oleh Washington.

0 2,016

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat sebenarnya berhadapan dengan dilemma sama ada mahu membenarkan atau tidak penjualan pesawat pejuang generasi kelima, F-35 kepada salah satu negara sekutu tradisinya di Asia Tenggara iaitu Thailand.

Walaupun Thailand adalah negara sekutu tradisi Amerika Syarikat yang “diikat” dengan perjanjian (treaty) tetapi penganalisis ketenteraan serantau tidak pasti sama ada permintaannya untuk membeli pesawat F-35 itu akan dilayan oleh Washington.

Ini adalah kerana hubungan ketenteraan yang amat erat di antara Bangkok dengan Beijing membuatkan Amerika Syarikat berfikir “dua tiga kali” sebelum mahu menyerahkan pesawat tercanggihnya kepada Thailand.

F-35

Thailand merupakan antara “pelanggan utama” kepada sistem persenjataan China daripada kapal-kapal perang, kereta perisai dan kereta kebal utama serta sistem pertahanan udara jarak sederhana.

Setiap tahun tentera udara kedua-dua negara mengadakan latihan udara bersama yang besar dipanggil “Falcon Strike”.

Tentera Darat dan Tentera Laut kedua-dua negara juga mengadakan latihan bersama.

Malah, kapal selam pertama Thailand yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2024 juga dibuat oleh China dan Bangkok juga merancang untuk memperolehi dua lagi buah kapal selam daripada Beijing bagi menjadikan bilangan keseluruhan kapal selam dimilikinya adalah tiga buah.

S-26T
Kapal selam buatan China yang bakal diperolehi oleh Thailand pada 2024.

 

Sebab itulah, Amerika Syarikat berhadapan dengan dilemma berkenaan permintaan Thailand untuk memperolehi pesawat F-35.

Semuanya berpunca daripada hubungan erat Thailand dengan China.

Washington tidak mahu segala “rahsia” dan maklumat sensitif yang ada pada pesawat F-35 itu “jatuh” ke tangan China yang mempunyai hubungan ketenteraan yang erat dengan rejim tentera Thailand yang memerintah negara itu.

Disebabkan kecanggihannya, bukan semua negara yang berminat tidak kira sama ada mereka sekutu rapat Amerika Syarikat berpeluang untuk membeli pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

F-35

Amerika betul-betul menjaga tahap kerahsiaan pesawat itu dan komponen-komponennya daripada jatuh ke tangan China atau Russia, malah penyelenggaraan beberapa komponen sensitif pesawat itu hanya boleh dilakukan oleh kontraktor negara Uncle Sam itu.

Oleh kerana itulah, Washington mengambil pendekatan “berdiam diri” sahaja apabila Tentera Udara Thailand mengumumkan ia bercadang memperolehi empat buah pesawat F-35 daripada Amerika Syarikat.

Sehingga hari ini, kerajaan Amerika Syarikat tidak memberikan jawapan terhadap permintaan daripada Thailand itu.

Pegawai syarikat Lockheed Martin mengatakan walaupun Thailand benar-benar mahu membeli pesawat itu tetapi keputusan akhir terletak di tangan kerajaan Amerika Syarikat.

Gripen
Sebuah pesawat JAS 39 Gripen C/D Tentera Udara Diraja Thailand dengan pesawat AEW “Erieye.”

 

Naib presiden kanan perniagaan antarabangsa syarikat itu, Tim Cahill mengesahkan bahawa Thailand sememangnya berminat untuk membeli pesawat pejuang itu.

“Bagaimanapun setakat tidak ada pengesahan yang rasmi berkenaan pernyataan minat oleh Thailand itu,” katanya beliau kepada media baru-baru ini.

Sementara itu, Felo Kanan di S. Rajaratnam School of International Studies Singapura Richard Bitzinger ketika bercakap kepada Radio Free Asia (RFA) berkata,  Amerika mungkin keberatan untuk menjual pesawat F-35 kepada Thailand kerana ia mahu “menjaga” teknologi pesawat daripada jatuh ke tangan China.

Bagaimanapun seorang felo kanan di ISEAS-Yusof Ishak Institute di Singapore, Ian Storey pula berkata, Bangkok mempunyai asas yang kukuh untuk memperolehi pesawat F-35 kerana Bangkok dan Washington merupakan sekutu rapat yang dijalin dengan perjanjian (treaty).

F-35 JSF
F-35 dalam keadaan Beast Mode.

 

“Bagaimanapun Amerika Syarikat akan tetap bimbang bahawa teknologi-teknologi sensitif pesawat F-35 itu akan dikompromi disebabkan hubungan yang rapat antara tentera Thailand dengan tentera China, “ kata beliau.

Seorang pakar ketenteraan China, Andreas Rupprecht pula berkata, adalah amat memeranjatkan bahawa Thailand menunjukkan minat terhadap pesawat F-35 kerana Bangkok diketahui mempunyai hubungan yang erat dengan Beijing.

Beliau menjangkakan Thailand mungkin lebih berminat kepada pesawat pejuang J-10C buatan China yang pernah terlibat dalam latihan bersama antara kedua negara baru-baru ini.

Pesawat F-35B
Pesawat F-35B “Lightning” di atas kapal HMS Queen Elizabeth.

 

Klik Di Bawah Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Admin menjangkakan Washington berkemungkinan akan menggunakan pesawat F-35 sebagai “tekanan” supaya Bangkok “menjauhkan dirinya” daripada Beijing dan kembali rapat kepada Washington.

Hanya apabila Amerika berpuashati hati bahawa Bangkok tidak lagi rapat kepada Beijing, barulah ia akan membenarkan penjualan F-35 itu kepada Bangkok.

Selagi rejim tentera di Thailand itu rapat dengan Beijing, jangan haraplah Amerika Syarikat akan menjual F-35 kepada negara Asia Tenggara itu. — DSA

Comments
Loading...