Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ADS Bakal Pasang Sistem CAESAR 155mm Di Malaysia Sekiranya…………

Jika ia memperolehi tender daripada Kementerian Pertahanan, syarikat Advanced Defence Systems Sdn Bhd (ADS) akan memasang sistem CAESAR 155mm self-propelled howitzer itu kemudahan pemasangan meriam miliknya di Segamat Johor.

0 9,642

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat tempatan,  Advanced Defence Systems Sdn Bhd (ADS) telah menandatangani MoU dengan syarikat Nexter System (Nexter) untuk memasang sistem meriam howitzer bergerak CAESAR  155mm 52 Cal yang dibangunkan oleh syarikat Perancis itu, sekiranya ia memenangi tender daripada Kementerian Pertahanan.

Jika ia memperolehi tender daripada Kementerian Pertahanan, syarikat akan memasang sistem CAESAR 155mm self-propelled howitzer itu kemudahan pemasangan meriam miliknya di Segamat Johor.

Dalam satu kenyataan bersama, dengan pemindahan teknologi sekiranya ADS berjaya di dalam tender untuk membekalkan sistem howitzer bergerak kepada Angkatan Tentera Malaysia maka syarikat berkeyakinan pembangunan ekonomi dalam industri pembuatan meriam di Malaysia akan terus berkembang.

caesar

“Dengan adanya sistem CAESAR 155mm di Malaysia,  rantai bekalan menerusi penggunaan produk tempatan akan dapat dipertingkatkan,” menurutnya.

MoU telah ditandatangani oleh Pengarah Pembangunan Perniagaan ADS Lt. Kol. Shane Chin (B) manakala Nexter pula diwakili oleh Naib Presiden bagi Asia Pasifik Amaury de Poncins.

Sbelum ini, ADS telah berjaya memasang dan menghantar 18 units meriam 105mm LG1 MKIII kepada Tentera Darat Malaysia pada Disember 2020, empat bulan lebih awal daripada kontrak.

Meriam 105mm LG1 MKIII dipasang sepenuhnya di kemudahan pemasangan ADS di Segamat, Johor.

CAESAR

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Tentera Darat mempunyai keperluan sehingga 36 buah meriam bergerak beroda untuk memenuhi keperluan unit-unit mekanis Tentera Darat, tetapi terdapat juga spekulasi hanya 18 buah meriam sedemikian akan dipesan oleh tentera darat.

Bagaimanapun, Tentera Darat dijangka hanya memesan 18 buah meriam terbabit pada peringkat awal iaitu Rancangan Malaysia Ke-12 bergantung kepada peruntukan kewangan manakala 18 buah seterusnya akan dibeli pada Rancangan Malaysia seterusnya.

Thailand dan Indonesia juga menggunakan sistem meriam bergerak CAESAR 155mm. — DSA

105mm
Anggota tentera melepaskan tembakan meriam LG1 MKIII 105mm dalam satu latihan baru-baru ini. (gambar ehsan Berita Tentera Darat)
Comments
Loading...