Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“MKE Yavuv” Turki Bakal Sertai Persaingan Wheeled Self-Propelled Howitzer Malaysia?

Adakah MOU di antara syarikat tempatan, MA Analytics Sdn Bhd dengan syarikat Turki, MKE itu membawa maksud bahawa sistem meriam bergerak beroda 155mm 52 Cal “MKE Yavuv” buatan syarikat syarikat Mediterranean itu akan turut menyertai tender Kementerian Pertahanan bagi sistem terbabit.

0 6,635

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Minggu lepas sebuah syarikat tempatan dikenali dengan nama, MA Analytics Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan tiga buah syarikat pertahanan Turki,  terdiri daripada Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE), Katmerciler dan IVEO Defence.

Menurut syarikat MA Analytics, MoU yang ditandatangani itu bakal menyaksikan penglibatan gergasi pertahanan Turki dalam industri pertahanan di Malaysia.

Apa yang menarik adalah, syarikat MKE bersama-sama satu lagi syarikat negara itu, Yol-Bak turut membangunkan sistem meriam bergerak beroda (wheeled self propelled howitzer) 155mm 52 Cal dipanggil “MKE Yavuv” untuk keperluan Angkatan Tentera Turki.

Meriam 155mm 52 Cal yang digunakan adalah “Panter”, turut dibangunkan oleh syarikat MKE dan berkemampuan menembak sejauh 40km

Kenderaan pembawa meriam adalah daripada jenis MAN 6×6 yang boleh membawa sehingga 5 krew terdiri daripada pemandu, commander, gunner dan dua orang loader selain 18 butir peluru meriam 155mm.

CAESAR
Sistem CAESAR 155mm 52 Cal buatan syarikat NEXTER Systems.

 

Kenderaan juga adalah fully armoured, dilindungi daripada tembakan senjata ringan dan serpihan letupan.

Adakah MOU di antara syarikat tempatan, MA Analytics Sdn Bhd dengan syarikat Turki, MKE itu membawa maksud bahawa sistem meriam bergerak beroda 155mm 52 Cal “MKE Yavuv” buatan syarikat syarikat Mediterranean itu akan turut menyertai tender Kementerian Pertahanan bagi sistem terbabit.

Tender Kementerian Pertahanan bagi sistem self propelled howitzer dijangka akan dibuka tidak lama lagi, selepas beberapa tahun tertangguh.

Menurut maklumat dan laporan sebelum ini, Kementerian Pertahanan dijangka akan mengeluarkan tender bagi sekurang-kurangnya 36 buah sistem self-propelled howitzer untuk kegunaan unit-unit tentera darat.

Jika tender itu dibuka, maka “MKE Yavuv” dijangka akan bersaing dengan beberapa pencabarnya terutama CAESAR yang yang dibangunkan oleh syarikat Nexter Systems, telah pun menjalani ujian di Malaysia sejak beberapa tahun sebelum ini.

Archer
Sistem ARCHER 155mm 52 Cal buatan syarikat BAE Systems.

 

Selain CAESAR yang merupakan frontrunner untuk memenangi pesanan daripada Malaysia, beberapa sistem meriam beroda bergerak yang dijangka akan turut serta dalam persaingan untuk memenuhi kehendak Malaysia (sekiranya tender dibuka) adalah “ARCHER” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan terkemuka, BAE Systems.

CAESAR dikatakan frontrunner kerana ia (menerusi rakan kongsi tempatannya) telah lama berusaha untuk menarik perhatian ATM, selain itu sistem meriam beroda bergerak itu turut digunakan oleh tentera-tentera darat Indonesia dan Thailand.

Tentera Darat juga menggunakan sistem howitzer tunda LG1 105mm yang dibangunkan oleh syarikat Nexter Systems dan ini mungkin memberikan kelebihan kepada syarikat pertahanan Perancis itu.

Selain itu, Yugoimport Nora B-52 M-21 SPH yang juga dijangka berminat untuk bersaing bagi memenuhi keperluan sistem meriam beroda bergerak Malaysia itu.

Yugoimport
Sistem Yugoimport Nora 155mm 52 Cal

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...