Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rusia Cuba “Pikat” India Supaya Beli Pesawat Pejuang Su-35 “Flanker-E”

Moscow terpaksa meningkatkan usahanya untuk menjual pesawat pejuangnya terutama Sukhoi Su-35 kepada negara-negara luar selepas pesawat pejuang generasi 4+++ itu “ditolak” oleh beberapa negara seperti Indonesia dan Mesir.

0 5,242

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dikatakan bakal melipatgandakan lagi promosi dan pemasarannya dalam  usaha untuk “memikat” India supaya menerima tawarannya untuk menjual sama ada pesawat pejuang Sukhoi Su-35 (Flanker-E) atau MiG-35 bagi kegunaan tentera udaranya.

New Delhi sedang di dalam proses memperolehi 114 pesawat pejuang pelbagai-guna (MRCA) untuk memperkuatkan lagi tentera udaranya bagi berhadapan dengan China dan Pakistan.

Moscow terpaksa meningkatkan usahanya untuk menjual pesawat pejuangnya terutama Sukhoi Su-35 kepada negara-negara luar selepas pesawat pejuang generasi 4+++ itu “ditolak” oleh beberapa negara seperti Indonesia dan Mesir.

Su-35

Russia juga mahu menunjukkan bahawa industri persenjatannya tidak terkesan dengan sekatan ekonomi Barat akibat tindakan ketenteraannya di Ukraine.

Masa depan pesawat pejuang Sukhoi Su-35 (NATO – Flanker E) kini terumbang-ambing selepas tiga negara bertindak membatalkan niat mereka untuk memperolehi pesawat pejuang  itu disebabkan kebimbangan mereka terhadap sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat dibawah Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act (CAATSA).

Nasib pesawat generasi 4 +++ Su-35 di pasaran eksport semakin malap apabila tiga negara iaitu Indonesia, Algeria dan Mesir memutuskan untuk membatalkan perolehan mereka terhadap pesawat itu.

Bagaiamanapun di India, banyak pihak di negara itu termasuk pegawai-pegawai tenteranya berpendapat pesawat pejuang buatan Russia terutamanya Sukhoi Su-35 merupakan pilihan paling tepat dan yang paling kos effektif untuk memenuhi keperluan sebanyak 114 pesawat pejuang itu.

Su-35

Ini kerana perolehan tambahan pesawat pejuang Rafale buatan Perancis atau F-15EX buatan Amerika Syarikat dianggap “terlalu mahal” untuk ditanggung oleh India disebabkan harganya yang terlalu tinggi berbanding harga pesawat Russia.

Pada 2015, India membelanjakan US$9.4 bilion (RM37.6 bilion) untuk memperolehi 36 buah pesawat pejuang Rafale yang diletakkan di kawasan sempadannya dengan China pada ketika ini untuk mengawasi pergerakkan pesawat-pesawat pejuang China seperti J-20 “Mighty Dragon”.

Pelbagai pihak dalam India dilaporkan tidak bersetuju sekiranya negara itu membelanjakan suatu peruntukan kewangan yang amat besar untuk memperolehi pesawat-pesawat tambahan Rafale atau F-15EX yang sedang dipromosi dengan hebat oleh Amerika Syarikat.

J-20
Pesawat J-20 “Mighty Dragon”

Mereka mahukan pesawat pejuang Russia diberikan peluang untuk memenuhi keperluan Tentera Udara India pada masa ini.

Ini kerana syarikat tempatan iaitu Hindustan Aeronautics Limited (HAL) telah pun membina secara berlesen 222 buah pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKI untuk tentera udara negara itu.

Kini mereka mahukan kemudahan pembuatan pesawat milik HAL di Nasik yang digunakan untuk membina Su-30MKI membina pula pesawat-pesawat Su-35 bagi memenuhi keperluan tentera udara India.

MiG-35
Pesawat MiG-35 “Fulcrum Foxtrot” buatan Russia,

 

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Memilih pesawat pejuang Su-35 bagi Tentera Udara India bakal menjimatkan kerana sebahagian besar daripada pesawat yang bakal diperolehi oleh negara itu akan dibina di kemudahan milik HAL itu.

Ia juga akan memastikan India dapat menguasai segala teknologi yang dikaitkan dengan pesawat Sukhoi-35. — DSA

Comments
Loading...