Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Meriam Nexter Systems LG1 105mm

0 1,382

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Menteri Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam majlis amanat 2021 telah berkata bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sebanyak 17 laras meriam LGI 105mm yang diperbuat oleh syarikat Nexter Systems (dulu GIAT Industries).

Beliau berkata, pada tahun ini ATM bakal menerima sebuah lagi meriam terbabit menjadikan keseluruhannya yang diterima oleh negara adalah 18 buah.

Nexter LG1 105mm
Tentera Perancis dengan meriam Nexter Systems LG1 105mm.

Kemungkinan besar meriam LGI 105mm ini akan digunakan oleh anggota-anggota Pasukan Atur Cepat negara kerana ia memang direkabentuk untuk rapid deployment unit-unit artillery berikutan beratnya yang hanya 1.5 tan, bersesuaian untuk ditarik oleh kenderaan ringan tentera.

Selain itu juga, meriam ini juga boleh dibawa oleh helikopter, pesawat pengangkut atau airdrop. Meriam ini boleh dioperasikan oleh lima orang krew atau dikurangkan lagi kepada tiga orang krew sahaja. Meriam LGI 105mm ini boleh menembak semua jenis peluru NATO 105mm kepada sasaran sehingga kira-kira 18.5km.

pack howitzer
Anggota tentera kita menggunakan meriam Pack Howitzer 105mm.

Meriam ini boleh dipersiapkan untuk operasi tembakan dalam tempoh tiga saat sahaja, dengan rate of fire sekitar 12 tembakan dalam tempoh satu minit.

Di kawasan rantau Asia Tenggara ini, selain Malaysia, tentera-tentera Indonesia, Thailand dan Singapura (sudah menamatkan perkhidmatannya untuk meriam kaliber 155mm) juga menggunakan meriam yang sama.

Meriam LGI 105mm akan beroperasi seiring meriam Pack Howitzer 105mm yang digunakan oleh anggota tentera kita ketika ini.

Malaysia mengumumkan pembelian meriam LG1 105mm ketika pameran 2018 dengan meriam akan dipasang di Malaysia sebagai sebahagian daripada kerjasama antara syarikat tempatan, Advance Defence Systems (ADS) dengan Nexter.

Pakej pembelian juga dikatakan meliputi peluru ERG3 dan sistem Bacara Ballistic Computer.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...