Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Maritim Malaysia Operasi Sepenuhnya Kapal MPMS Dibeli Dari Turkiye Pada 2027

Kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) diperolehi oleh Maritim Malaysia daripada Turkiye itu akan memberikan tumpuan pada misi pengawasan di Laut China Selatan khusus dalam menangani pencerobohan kapal-kapal asing. -- Ketua Pengarah Maritim Malaysia

0 3,419
(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Agensi Pengatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka akan mengoperasikan sepenuhnya kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) yang diperolehinya daripada Turkiye pada suku pertama 2027 dan dan bakal menjadi aset penting dalam mengawal perairan negara.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah yang menyatakan bahawa perolehan MPMS itu merupakan satu keputusan tepat dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.
“Kapal MPMS mampu beroperasi selama 30 hari tanpa henti, selain dilengkapi aset moden iaitu empat bot pemintas pantas (FIC), dua dron udara tanpa pemandu (UAV), serta turut mempunyai, helideck, fasiliti perubatan dan pusat tahanan,” menurut beliau dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata bahawa kapal MPMS  itu yang berukuran 99 meter panjang, berkemampuan membawa 70 orang krew dan 30 orang penumpang ini.
“Ia (kapal MPMS) akan memberi tumpuan kepada pengawasan di Laut China Selatan, khususnya dalam menangani pencerobohan vesel asing, aktiviti penangkapan ikan haram, serta membanteras jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia,” tambah beliau lagi.
Mohd Rosli berkata syarikat Desan Shipyard dari Turkiye telah dipilih berdasarkan merit, selain kepakaran dan keupayaan syarikat berkenaan dalam industri pertahanan negara itu yang diiktiraf di peringkat global.
APMM
(kredit APMM)
Katanya, pemeteraian perjanjian perolehan kapal MPMS daripada Turkiye itu adalah sejajar dengan usaha Malaysia untuk memperkukuh keselamatan maritim menerusi kerjasama antarabangsa.
Dengan termeterainya perjanjian kata beliau, Maritim Malaysia optimis hubungan dua
hala antara Malaysia dan Turkiye dalam sektor pertahanan maritim akan terus diperkukuh, sekaligus memberi manfaat besar kepada keselamatan dan kestabilan perairan negara
Semalam telah berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia yang diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman dengan pihak Republik Turkiye yang diwakili Pengerusi Lembaga Desan
Shipyard, Mr. Cenk Ismail Kaptanoğlu.
Menyaksikan majlis pertukaran MoU itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan.
Pada Oktober tahun lepas, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata Maritim Malaysia telah diperuntukkan sejumlah RM350 juta untuk perolehan sebuah kapal misi pelbagai guna (Multi Purpose Mission Ship).
Katanya, kapal misi pelbagai guna itu akan membolehkan Maritim Malaysia melaksanakan operasi di laut dengan lebih berkesan.
APMM
(Kredit APMM)
“Kapal ini jelas beliau akan dilengkapi dengan pelbagai keupayaan pelbagai misi operasi yang membolehkan Maritim Malaysia melaksanakan operasi di laut dengan lebih berkesan,” menurut beliau dalam satu kenyataan.
Pada Ogos tahun lepas pula, pemangku Ketua Pengarah APMM Datuk Saiful Lizan Ibrahim dipetik oleh media tempatan sebagai berkata bahawa kapal MPMS yang bakal dibina pada awal 2025 itu juga akan bertindak sebagai “mother ship”.
Beliau berharap pembinaan kapal MPMS Maritim Malaysia itu akan bermula pada suku pertama 2025.
Menurutnya,  “mother ship” itu akan dapat memperkukuh pengawasan perairan negara dan memastikan bot peronda Maritim Malaysia dapat memantau kawasan yang lebih luas bagi melindungi perairan negara dan memperkukuh pengawasan perairan negara.
Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) ialah kapal yang direka untuk menjalankan pelbagai operasi maritim dalam satu platform.
APMM
(kredit APMM)
Ia digunakan oleh tentera laut dan agensi keselamatan maritim untuk memenuhi keperluan misi yang berbeza tanpa perlu menggunakan pelbagai jenis kapal khusus.
Dalam Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye yang dianjurkan bersempena dengan lawatan Presiden Turkiye itu ke negara ini, syarikat-syarikat pertahanan Turkiye telah menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat Malaysisa.
Antaranya, ASELSAN telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat Sapura di dalam bidang komunikasi.
Manakala ASELSAN bersama-sama HAVELSAN telah menandatangani perjanjian bersama dengan LUNAS Shipyard berkenaan permodenan platform tentera laut, manakala HAVELSAN memeterai perjanjian kerjasama dengan MIMOS-Techinsight dalam bidang Artificial Intelligence (AI).
— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.