Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam “Misi Khas” Russia, K-329 Belgorod Mula Belayar Di Lautan

Kapal selam K-329 Belgorod ini adalah kapal selam pengintip, yang memainkan peranan hampir sama seperti satu lagi kapal selam pengintip iaitu “Losharik” yang mengalami kemalangan ketika melaksanakan “misi khas” di  perairan Russia pada Julai 2019.

0 1,783

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam, kapal selam “misi khas” tentera Russia yang dinamakan K-329 Belgorod buat pertama kali telah belayar di laut lepas daripada pangkalannya di Severodvinsk , satu proses yang kritikal sebelum kapal selam itu diterima masuk ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Russia.

Kapal selam K-329 Belgorod ini adalah kapal selam pengintip, yang memainkan peranan hampir sama seperti satu lagi kapal selam pengintip iaitu “Losharik” yang mengalami kemalangan ketika melaksanakan “misi khas” di  perairan Russia pada Julai 2019.

Kemalangan menimpa kapal selam “Losharik” itu mengakibatkan 14 orang krew maut.

Krew-nya yang berkhidmat dengan kapal selam K-329 Belgorod adalah amat terlatih dibawah agensi khas dipanggil Main-Directorate Deep Sea Research (GUGI) yang dikatakan melapor terus kepada Kementerian Pertahanan Russia.

Kapal selam K-329 Belgorod adalah kapal selam terbesar dibina oleh tentera Russia di dalam tempoh 30 tahun, selain kapal selam kelas-Typhoon.

Belgorod

Menurut anggaran oleh pihak perisikan Barat, kapal selam K-329 Belgorod itu memiliki panjang 178 meter manakala lebarnya pula adalah 15 meter, manakala beratnya pula dikatakan mencecah di antara 19,000 tan hingga 20,000 tan.

Di dunia Barat, tidak ada kapal selam yang mampu menandingi kapal selam K-329 Belgorod ini daripada segi saiznya.

Oleh kerana ia direkabentuk untuk menjalankan “misi-misi khas” yang amat rahsia,kapal selam yang kemampuannya masih menjadi teka-teki di kalangan musuh Russia dilaporkan mampu menyelam sehingga ke kedalaman 2,000 kaki hingga 2,500 meter.

Kapal selam K-329 Belgorod ini direkabentuk untuk beroperasi daripada kedalaman yang ekstrim, yang tidak mampu dicecah oleh kapal selam-kapal selam biasa.

Ia dikatakan berfungsi sebagai “mother ship” kepada kapal selam-kapal selam kecil apabila beroperasi di dalam kedalaman lautan yang ekstrim.

Belgorod

Satu lagi kemampuan kapal selam ini yang menjadi perhatian oleh agensi perisikan Barat adalah K-329 Belgorod ini direkabentuk untuk membawa dan melancarkan dron bawah permukaan air (underwater drone) yang dilengkapi dengan kepala peledak nuklear.

Dron ini dipanggil “Poseidon” dan kapal selam K-329 Belgorod ini mampu membawa sehingga enam buah dron atau torpedo nuklear itu.

Dron itu memiliki panjang 20 meter dan memandangkan ia dipacu oleh kuasa nuklear maka dron “Poseidon” itu tidak mempunyai had dalam jarak sasarannya.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...