Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Erdogan Mahu Turkiye-Malaysia Muktamad MoU Pertahanan Secepat Mungkin

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Direktorat Komunikasi Presidensi dan dipetik agensi berita negara itu, Anadolu hari ini, memuktamadkan MoU itu adalah untuk memenuhi keperluan Malaysia di dalam bidang pertahanan dengan secepat mungkin.

0 2,490

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan mahukan negara Mediterranean itu dan Malaysia memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan pertahanan secepat mungkin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Direktorat Komunikasi Presidensi dan dipetik agensi berita negara itu, Anadolu hari ini, memuktamadkan MoU itu adalah untuk memenuhi keperluan Malaysia di dalam bidang pertahanan dengan secepat mungkin.

Erdogan sebelum itu telah mengadakan sidang video dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ada
Kapal korvet Tentera Laut Turkiye daripada kelas-Ada.

 

Anadolu turut mengeluarkan gambar menunjukkan Presiden Turkiye dan Perdana Menteri Malaysia itu sedang mengadakan sidang video.

Sebagaimana yang kita ketahui, sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia adalah antara pengguna utama pelbagai sistem pertahanan yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat pertahanan Turkiye.

Syarikat-syarikat seperti FNSS telah membekalkan ratusan kenderaan berperisai untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia.

Pada ketika ini, syarikat-syarikat pertahanan Turkiye terus aktif di pasaran Malaysia dengan menawarkan pelbagai jenis sistem pertahanan untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan-pasukan keselamatan negara yang lain.

Program pembinaan lapan buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II untuk TLDM dan meriam bergerak (self propelled howitzer – wheeled) untuk TDM turut menarik perhatian beberapa syarikat daripada Turkiye untuk menyertai persaingan.

Yavuz SPH
Sistem meriam bergerak “Yavuz” 155mm 52 cal yang dibangunkan oleh gergasi industri pertahanan Turkiye, MKE.

 

Walaupun Turkish Aerospace Industries (TAI) gagal menarik minat Malaysia terhadap pesawat pejuang ringan, Hurjet, namun syarikat itu telah berjaya membekalkan tiga buah dron “Anka-S” untuk batch pertama.

Selain itu, TAI juga cuba menarik perhatian Malaysia sistem-sistem lain termasuklah helikopter penyerang ATAK serta tawaran sebagai rakan pembangunan program pesawat generasi kelima Turkiye, KAAN yang akan melakukan penerbangan sulungnya pada akhir tahun ini.

Sementara itu, kenyataan direktorat itu juga menyebut bahawa Erdogan akan melawat Malaysia dalam kesempatan pertama atas jemputan Perdana Menteri.

Beliau juga melahirkan bahawa hubungan dua hala antara Ankara dan Kuala Lumpur semakin bergerak ke hadapan di atas asas Kerjasama Komprehensif Strategik.

Selain itu Presiden Turkiye menurut kenyataan itu juga menyambut baik kelulusan diberikan kepada  Republik Turki Cyprus Utara (Turkish Republic of Northern Cyprus) untuk membuka pejabat perdagangan di Malaysia.

Anka
“Anka”

 

Mengenai isu pembakaran kitab suci Al-Quran, beliau menegaskan tentang keperluan untuk mewujudkan pendirian bersama yang tegas menentang tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Dalam sidang video dengan Perdana Menteri Malaysia itu, Erdogan sebagaimana dalam kenyataan oleh direkrorat itu juga menyatakan betapa pentingnya FETO (Fethullah Gülen Terrorist Organization (FETÖ) dimasukkan ke dalam senarai organisasi pengganas Malaysia.

Menurut Erdogan, beliau menjangkakan sokongan kuat daripada Anwar Ibrahim berkenaan isu itu. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...