Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Manila Sudah Terima Helikopter Penyerang T129 “ATAK”

Tentera Filipina mengatakan helikopter penyerang buatan Turki itu akan meningkatkan kemampuan “ground strike-nya” terutama apabila berhadapan dengan ancaman keselamatan di selatan Filipina, di mana ia berhadapan dengan kumpulan pengganas dan pro-komunis.

1,474

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Filipina telah menerima dua helikopter penyerang T129 ATAK buatan Turki yang selamat tiba di Pangkalan Udara Clark, Pampanga menerusi penerbangan pesawat pengangkut A400 milik tentera udara negara Mediterranean itu awal pagi tadi.  

Filipina memesan enam helikopter penyerang T129 ATAK daripada Turki sebagai salah satu usaha pemodenan angkatan tenteranya di bawah pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte.

Ketibaan kedua-dua helikopter penyerang Filipina itu berlaku tidak lama selepas Tentera Darat Malaysia turut menerima enam buah helikopter ringan MD530G buatan syarikat MD Helicopters selepas enam tahun menunggu.

Menurut Tentera Filipina, kedua-dua helikopter penyerang buatan Turki itu akan menjalani pemeriksaan teknikal dan ujian penerbangan sebelum ditauliahkan ke dalam angkatan tentera negara Asia Tenggara itu.

Ia menjangkakan kedua-dua helikopter penyerang baru Filipina itu akan mula berkhidmat kira-kira dua bulan selepas ini.

T129 ATAK

Tentera Filipina mengatakan helikopter penyerang buatan Turki itu akan meningkatkan kemampuan “ground strike-nya” terutama apabila berhadapan dengan ancaman keselamatan di selatan Filipina, di mana ia berhadapan dengan kumpulan pengganas dan pro-komunis.

Ia mengatakan bahawa perolehan keenam-enam helikopter penyerang itu merupakan “game changer” terhadap kemampuannya menyerang kedudukan dan kepentingan pihak musuh.

T129 ATAK

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Negara jiran kita itu memperolehi sejumlah enam buah helikopter penyerang T129 ATAK buatan syarikat Turkish Aerospace bernilai US$270 juta (RM1.08 bilion) berbanding enam buah helikopter MD530G kita yang diperolehi dengan nilai RM320 juta.

Bagaimanapun, helikopter T129 ATAK dan MD530G sebenarnya adalah kategori yang berlainan.

Helikopter T129 ATAK itu adalah berdasarkan kepada rekabentuk helikopter Agusta A129 Mangusta. — DSA

 

Comments are closed.