Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Batalkan Penjualan Helikopter “ATAK T-129” Buatan Turki Kepada Pakistan

Turki dan Pakistan menandatangani perjanjian bernilai US$1.5 bilion pada 2018 untuk membeli 30 helikopter penyerang ATAK T-129.

0 4,861

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dikatakan menghalang Turki daripada meneruskan penjualan kira-kira 30 buah helikopter penyerang ATAK T-129 kepada Pakistan,  menurut agensi berita Bloomberg.

Bloomberg memetik kenyataan jurucakap presiden Turki, Ibrahim Kalin yang mengesahkan bahawa Washington menghalang penjualan helicopter penyerang buatan Turki itu kepada Pakistan diatas beberapa isu tertentu.

ATAK
Helikopter “ATAK T-129”

Menurut Ibrahim, tindakan Amerika menghalang penjualan helikopter itu akan membuatkan Pakistan berpaling ke arah China untuk mendapatkan helikopter penyerang bagi menggantikan ATAK T-129.

Amerika enggan memberikan kelulusan eksport bagi enjin LHTEC yang digunakan oleh helikopter buatan Turki itu. Helikopter ATAK T-129 menggunakan dua enjn, merupakan helikopter penyerang berdasarkan kepada helikopter Agusta A129 Mangusta. Turki dan Pakistan menandatangani perjanjian bernilai US$1.5 bilion pada 2018 untuk memperolehi helikopter berkenaan.

Z-10
Helikopter penyerang China “Z-10”

Sekatan daripada pihak Amerika itu berpunca daripada pembelian sistem pertahanan udara S-400 oleh Turki daripada Russia.

Helikopter ATAK T-129 itu dibangunkan oleh syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI) dengan kerjasama Agusta-Westland.

Berikutan sekatan daripada pihak Amerika ini, Pakistan dipercayai sedang menimbangkan untuk membeli helikopter Z-10 yang dibangunkan oleh syarikat Changhe Aircraft Industries Corporation (CAIC) daripada China.

Turki dan Pakistan bakal membatalkan perjanjian itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...