“Kidon”, Skuad Pembunuh Mossad
Unit "Kidon" ini ditubuhkan pada 1970 dan bernaung di bawah "Jabatan Caesarea" di dalam Mossad itu sendiri, dengan tugas dan fokus utama unit rahsia ini adalah melaksanakan pembunuhan terhadap musuh-musuh Israel di luar negara Yahudi itu. Di dalam bahasa Hebrew, "Kidon" itu bermaksud "bayonet" atau "tip of the spear."

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kira-kira 6 pagi pada 21 April 2018, pensyarah warga Palestin dikenali dengan nama Dr Fadi al-Batsch sedang berjalan menuju ke sebuah surau berhampiran kediamannya di Setapak untuk menunaikan solat Subuhnya.
Ketika sedang berjalan, beliau telah didatangi dua lelaki menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi yang telah melepaskan 14 das tembakan terhadap pensyarah Palestin itu, membunuhnya beliau serta-merta.
Menurut polis, kedua-dua penunggang motosikal itu memiliki ciri-ciri Timur-Tengah dan menggunakan passport Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia.
Sebaik sahaja membunuh pensyarah Palestin, mereka telah menyeberangi sempadan Malaysia-Thai menggunakan lorong tikus.
Media-media Israel yang memetik sumber keselamatan Israel mengatakan pensyarah Palestin itu bukan ahli akademik sembarangan tetapi allahyarham adalah pakar teknologi kepada Hamas terutama berkaitan pesawat tanpa pemandu atau dron.
Pembunuhan pensyarah Palestin di Kuala Lumpur itu menarik perhatian dunia yang mendakwa ia telah dilakukan oleh agensi perisikan Israel, Mossad yang sememangnya terkenal dengan misi-misi pembunuhannya terhadap “musuh-musuh” Israel.
Untuk lebih tepat lagi, misi pembunuhan oleh Mossad ini dilakukan oleh satu unit rahsianya dipanggil “Kidon”, dimana tugas utama hanya melaksanakan pembunuhan terhadap sasaran yang telah dikenalpasti oleh agensi perisikan Israel itu.
Unit “Kidon” ditubuhkan pada 1970 dan bernaung di bawah “Jabatan Caesarea” yang berada dalam Mossad itu sendiri, dengan tugas dan fokus utama unit adalah melaksanakan pembunuhan terhadap musuh-musuh Israel di luar negara Yahudi itu.
Di dalam bahasa Hebrew, “Kidon” itu bermaksud “bayonet” atau “tip of the spear.”
“Jabatan Caesarea” adalah cabang paling rahsia di dalam Mossad dan “Kidon” adalah unit pelaksana yang paling paling rahsia.
Comments are closed.