Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenapa Russia Enggan Kerah T-14 Armata Ke Ukraine?

Antara sebab utama mengapa Russia enggan mengerah kereta kebal tercanggihnya itu ke Ukraine adalah kerana ia tidak mempunyai bilangan kereta kebal T-14 Armata yang mencukupi untuk dikerah ke negara jirannya itu, memandangkan kereta kebal utama ini baru sahaja dibangunkan.

0 8,188

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kereta kebal T-14 Armata adalah kereta kebal terbaru dan paling canggih Russia,  tetapi apa yang dipersoalkan oleh penganalisis ketenteraan antarabangsa adalah — mengapa Moscow enggan mengerah kereta kebal termodennya itu ke Ukraine, dimana kehadirannya amat-amat diperlukan bala tenteranya yang berada di negara jirannya itu.

Setakat ini, kereta kebal T-14 Armata tidak mempunyai apa-apa peranan dalam konflik ketenteraan di Ukraine. Mengapa? Adakah Russia “simpan kuku” untuk masa depan?

Antara sebab utama mengapa Russia enggan mengerah kereta kebal tercanggihnya itu ke Ukraine adalah kerana ia tidak mempunyai bilangan kereta kebal T-14 Armata yang mencukupi untuk dikerah ke negara jirannya itu, memandangkan kereta kebal utama ini baru sahaja dibangunkan.

T-14 Armata

Sebenarnya syarikat pembuat kereta kebal Armata itu, Uralvagonzavod sepatutnya memulakan produksi bersiri kereta kebal itu pada 2018 tetapi disebabkan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh negara Barat terhadap Russia pada ketika ini, Moscow tidak dapat menghasilkan Armata dalam jumlah yang diinginkannya.

Syarikat Uralvagonzavod sepatutnya menyerahkan kira-kira 80 buah Armata kepada Tentera Russia pada akhir tahun ini.

Bagaimanapun, berikutan peperangan antara Russia dan Ukraine yang menyebabkan sekatan ekonomi lebih ketat dikenakan terhadap Russia telah memberikan kesan yang buruk terhadap kemampuan syarikat Uralvagonzavod untuk menghasilkan kereta kebal Armata.

Penganalisis Barat mendakwa kereta kebal T-14 Armata yang memiliki rekabentuk seperti kereta kebal Barat itu turut menggunakan bahan dan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat Barat, sebagaimana dengan banyak lagi senjata-senjata lain Russia.

Perang di Ukraine telah membuktikan bahawa banyak sistem persenjataan Russia menggunakan komponen daripada Barat.

T-14 Armata
Perbandingan antara kereta kebal T-14 Armata (kiri) dan T-90 (kanan).

 

Sekatan ekonomi yang lebih ketat oleh negara Barat berikutan konflik berpanjangan dengan Ukraine telah menimbulkan kesukaran di pihak Russia untuk mengimport bahan dan teknologi Barat yang digunakan dalam pembikinan kereta kebal T-14 Armata itu.

Akibat sekatan Barat, produksi kereta kebal termoden Russia itu dihentikan dengan serta merta manakala pengeluaran kereta kebal T-72 dan T-90 juga telah dikurangkan dengan mendadak.

Berikutan sekatan ekonomi ketat oleh Barat, syarikat pembuat kereta kebal terbesar Russia itu berhadapan dengan masalah untuk menghasilkan kereta kebal terutamanya Armata.

Sebab itulah, kita tidak nampak sebarang kelibat kereta kebal T-14 Armata di Ukraine.

T-14 Armata

Syarikat Uralvagonzavod yang berpengkalan di Nizhny Tagil merupakan syarikat pembuat kereta kebal terbesar di dunia dan telah wujud sejak zaman pimpinan Josef Stalin.

Sebaliknya tugasan menggempur kedudukan tentera Ukraine itu diserahkan kepada kereta-kereta kebal T-72 yang sebagaimana dapat dilihat, tidak mampu menahan bedilan peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” serta NLAW.

Menurut maklumat daripada tentera Ukraine, ia telah berjaya memusnahkan lebih daripada 700 buah kereta kebal T-72 milik Russia.

Kegagalan tentera Russia menampilkan kereta kebal termodennya, Armata di Ukraine dan terpaksa bergantung kepada T-72 dan T-90 merupakan suatu yang amat dialu-alukan oleh Kiev serta negara-negara Barat.

T-14 Armata

 

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Ini kerana negara-negara Barat dikatakan teruja dengan dengan kemampuan Armata, yang direkabentuk mengikut rekabentuk dan standard kereta kebal negara Barat.

T-14 Armata dikatakan “menggerunkan” pihak Barat kerana ia memiliki teknologi yang terkini, armor yang lebih berat dan kukuh, meriam 125mm tanpa pengendali (unmanned turret), pendigitalan operasi dan pelbagai kelebihan lain.

Kereta kebal terbaru Russia itu dikatakan jauh lebih baik daripada kebanyakkan kereta kebal utama negara Barat.

Menurut laporan pada 2016, komander-komander NATO bimbang kereta kebal T-14 Armata boleh mengugat ketumbukan armor mereka terutamanya di timur Eropah dan negara-negara Baltik.

Sebab itulah ketiadaan Armata di medan peperangan di Ukraine merupakan suatu berita baik pada tentera Ukraine. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...