Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Enam Lagi “Sasaran” Sedang Dipantau Oleh Mossad?

"Sasaran-sasaran" Mossad itu berada di Malaysia untuk mempelajari teknologi dan pengetahuan yang dapat digunakan dalam konflik mereka menentang tentera Israel dan kehadiran mereka di negara ini mungkin sedang dipantau oleh skuad pembunuh Mossad dikenali dengan nama "Kidon" atau "Metsada." JAGA-JAGA !!!

0 2,487

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Operatif-operatif daripada agensi perisikan Israel, Mossad dipercayai sedang memantau enam lagi warga Palestin yang tinggal di Malaysia, menurut sumber-sumber yang memberitahu akhbar berbahasa Inggeris tempatan.

Akhbar terbabit mengatakan bahawa “sasaran-sasaran” Mossad itu berada di Malaysia untuk mempelajari teknologi dan pengetahuan yang dapat digunakan dalam konflik mereka menentang tentera Israel.

“Beberapa daripada mereka adalah tenaga pengajar di universiti-universiti tempatan, menjadi pensyarah disiplin-disiplin profesional termasuk kejuruteraan,” menurut akhbar berkenaan.

Mossad
Sebahagian daripada 11 warga tempatan termasuk seorang wanita dikawal ketat oleh anggota polis ketika mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menculik seorang warga Palestin pada 28 Sept lalu.

 

Pada Mei tahun lepas, sebuah stesen televisyen Israel,  Channel 13 melaporkan bahawa pihak tentera Israel telah memberi lampu hijau kepada “usaha-usaha mensasarkan operatif Hamas” di semua peringkat sama ada yang berada di dalam Semenanjung Gaza atau di luar.

Menurut ciapan Twitter oleh Jonathan Schanzer @JSchanzer, arahan oleh tentera Israel atau IDF (Israel Defence Force) itu “mempunyai implikasi” terhadap beberapa negara seperti Iran, Turkey, Qatar dan Malaysia.

Pihak keselamatan Israel atau media-medianya sejak daripada dahulu lagi mendakwa Malaysia sebagai salah satu pusat gerakan bagi “operatif-operatif” pejuang kumpulan militan Palestin termasuk kemungkinan sebagai pusat “fund-raising”, mendapat sumber teknologi atau latihan dan lain-lain.

Ini ditambah pula, sokongan kuat Malaysia terhadap perjuangan Palestin serta hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Pihak Berkuasa Palestin dipimpin oleh Fatah (Tebing Barat) atau Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza.

Pada 28 Sept lepas, jaringan perisikan Mossad di Malaysia yang diketuai oleh seorang wanita berusia 30-an telah menculik warga Palestin di negara ini yang dipercayai adalah aset kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dr Fadi
Pensyarah Palestin, Allahyarham Dr Fadi al-Batsch yang dibunuh pada 21 April 2018.

 

Menurut akhbar berbahasa Inggeris berkenaan, pada 10 malam 28 Sept yang lepas, kumpulan perisik Mossad telah berjaya memintas kedua-dua warga Palestin ketika mereka berada di dalam kenderaan mereka di Jalan Yap Kwan Seng selepas makan malam.

Kedua-dua mereka adalah pengaturcara komputer dan dipercayai adalah aset penting kepada Hamas.

Kenderaan dinaiki oleh warga Palestin itu telah dipintas oleh sebuah kenderaan dinaiki empat lelaki, yang kemudiannya menculik mereka dan membawa ke sebuah chalet di Hulu Langat.

Untuk tempoh 24 jam selepas diculik itu, kedua-dua warga Palestin itu telah disoal-siasat oleh untuk mengetahui kepakaran mereka tentang komputer serta lokasi pemimpin-pemimpin Hamas di Malaysia.

Apa yang berlaku pada 28 Sept lepas terhadap dua “pakar komputer” Palestin itu mengimbau kembali apa kejadian malang empat tahun lepas pada 21 April 2018 apabila pensyarah kejuruteraan elektrik warga Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh berusia 35 tahun ditembak mati oleh dua lelaki berwajah ‘Asia Barat’ ketika mangsa sedang berjalan dari kondominiumnya di Setapak menuju masjid berhampiran untuk menunai solat Subuh.

Fadi
Ketua Polis Negara pada ketika itu menunjukkan lakaran dua lelaki dipercayai terlibat pembunuhan pensyarah Palestin di Kuala Lumpur.

 

Beliau dipercayai ditembak 10 kali oleh pembunuhnya yang berkemungkinan merupakan anggota skuad pembunuh Mossad dikenali dengan “Kidon” atau “Metsada.”

Pensyarah itu yang tinggal di Malaysia sejak hampir 10 tahun lalu, sudah beristeri dan mempunyai tiga anak.

Beliau adalah pakar dalam tenaga alternatif dan bertugas di Universiti Kuala Lumpur-British Malaysia Institut (UNIKL-BMI).

Jenazahnya dibawa pulang ke Gaza untuk dikebumikan.

Menurut polis, kedua-dua lelaki berwajah ‘Asia Barat’  itu menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Selepas melaksanakan pembunuhan yang dirancang rapi ke atas ahli akademik Palestin pada 21 April lalu, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri ke Thailand menggunakan laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Sementara itu, dalam satu laporan pada 2014, pihak tentera Israel mendakwa Hamas telah menghantar seorang komander bersama-sama 10 operatifnya yang lain pada tahun 2010 ke Malaysia untuk menjalani latihan paragliding.

Tujuannya adalah untuk beliau bersama unitnya memasuki Israel menggunakan para-gliding dan melaksanakan misi berani matinya.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah pun menafikan dakwaan oleh pihak Israel itu. — DSA

 

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...