Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Israel Keluarkan “Arahan”, Malaysia Antara Sasaran?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah stesen televisyen Israel,  Channel 13 melaporkan bahawa pihak tentera negara telah memberi lampu hijau kepada usaha-usaha mensasarkan operatif Hamas di semua peringkat sama ada yang berada di dalam Semenanjung Gaza atau di luar.

0 6,011

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah stesen televisyen Israel,  Channel 13 melaporkan bahawa pihak tentera negara telah memberi lampu hijau kepada usaha-usaha mensasarkan operatif Hamas di semua peringkat sama ada yang berada di dalam Semenanjung Gaza atau di luar.

Menurut ciapan Twitter oleh Jonathan Schanzer @JSchanzer, arahan oleh tentera Israel atau IDF (Israel Defence Force) itu “mempunyai implikasi” terhadap beberapa negara seperti Iran, Turkey, Qatar dan Malaysia.

Ya,nama Malaysia juga disebut tetapi pada admin ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

“ Channel 13 melaporkan bahawa IDF telah memberi lampu hijau untuk mensasarkan semua operatif Hamas di semua peringkat, sama ada di dalam Gaza atau di luar. Implikasi untuk Iran, Turki, Qatar, Malaysia, etc. “ (terjemahan).

“Channel 13 reporting that IDF has given a green light to targeting *all* Hamas operatives at *all* levels, both inside Gaza and out. Obviously implications for Iran, Turkey, Qatar, Malaysia, etc.” – tulis Schanzer di dalam ciapan akaun Twitternya.

Israel

Operatif itu dipercayai merujuk kepada pejuang-pejuang Hamas sama ada yang berkhidmat dengan pasukan keselamatannya atau unit-unit perisikannya.

Dan “semua peringkat” itu pula merujuk kepada anggota kumpulan pejuang Hamas itu sama ada di peringkat bawahan atau peringkat atasan.

Pihak keselamatan Israel atau media-medianya sejak daripada dahulu lagi telah mendakwa bahawa Malaysia sebagai salah satu pusat gerakan bagi “operatif-operatifnya” termasuk kemungkinan sebagai pusat “fund-raising”, mendapat sumber teknologi atau latihan dan lain-lain.

Ini ditambah pula, sokongan kuat Malaysia terhadap perjuangan Palestin serta hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Pihak Berkuasa Palestin dipimpin oleh Fatah (Tebing Barat) atau Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza.

Dalam satu laporan pada 2014, pihak tentera Israel mendakwa Hamas telah menghantar seorang komander bersama-sama 10 operatifnya yang lain pada tahun 2010 ke Malaysia untuk menjalani latihan paragliding.

Dr Fadi
Pensyarah Palestin, Allahyarham Dr Fadi al-Batsch

 

Tujuannya adalah untuk beliau bersama-sama unitnya memasuki Israel menggunakan alatan para-gliding dan melaksanakan misinya.

Kerajaan Malaysia bagaimanapun telah pun menafikan dakwaan oleh pihak tentera Israel itu.

Pada tahun 2018 pula, seorang pensyarah kelahiran Gaza dikenali dengan nama Dr Fadi al-Batsch telah ditembak mati oleh dua lelaki bermotosikal yang menunggu di sebuah jalan ke warga Palestin itu sedang berjalan ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Subuh.

Dr Fadi telah ditembak sebanyak 14 kali dan kedua-dua lelaki yang memiliki ciri-ciri Timur-Tengah dan menggunakan passport Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia telah menghilangkan diri selepas menyeberangi sempadan Malaysia-Thai menggunakan lorong tikus.

Media-media Israel yang memetik sumber keselamatan Israel mengatakan pensyarah Palestin itu bukan ahli akademik sembarangan tetapi allahyarham adalah pakar teknologi kepada Hamas terutama berkaitan pesawat tanpa pemandu atau dron.

Polis
Gambaran artis dua lelaki dipercayai pembunuh pensyarah Palestin.

 

Jadi, Israel memang mempunyai kepentingan untuk melihat Dr Fadi mati.

Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan pensyarah Palestin itu, walaupun keluarga Dr Fadi mengatakan adalah jelas pembunuhan beliau telah dilakukan oleh anggota agensi perisikan Israel iaitu “Mossad.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...