Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Wanita Tempatan 30-an Ketuai Jaringan Perisikan Mossad Di Malaysia

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang membuat pendedahan itu berkata bahawa wanita itu dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut sebagai ejen perisikan negara Israel, Mossad sebelum 2018.

0 19,099

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jaringan perisikan Mossad di Malaysia dipercayai diketuai oleh oleh seorang wanita warga tempatan berusia di dalam lingkungan 30-an.

Sebagaimana yang diketahui, Mossad merupakan agensi perisikan Israel.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang membuat pendedahan itu berkata bahawa wanita itu dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut sebagai ejen perisikan negara Israel, Mossad sebelum 2018.

Mossad

Ia adalah tahun yang sama di mana pensyarah Palestin, Dr Fadi Mohamed al-Batsh, 35, ditembak mati oleh beberapa individu tidak dikenali ketika beliau mahu menunaikan solat Subuh di sebuah surau berhampiran rumahnya Kuala Lumpur.

Dr Fadi telah ditembak sebanyak 14 kali dan kedua-dua lelaki yang memiliki ciri-ciri Timur-Tengah dan menggunakan passport Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia telah menghilangkan diri selepas menyeberangi sempadan Malaysia-Thai menggunakan lorong tikus.

Media-media Israel yang memetik sumber keselamatan Israel mengatakan pensyarah Palestin itu bukan ahli akademik sembarangan tetapi allahyarham adalah pakar teknologi kepada Hamas terutama berkaitan pesawat tanpa pemandu atau dron.

Menurut akhbar berbahasa Inggeris itu lagi, selepas direkrut oleh Mossad, wanita warga tempatan itu telah dihantar untuk menjalani latihan di luar negara termasuk di Eropah untuk mendalami ilmu perisikan.

Wanita itu juga sebagaimana didakwa oleh akhbar itu, telah diberikan wang tunai sebanyak RM120, 000.

Dr Fadi
Pensyarah Palestin, Allahyarham Dr Fadi al-Batsch

 

Pendedahan mengenai wanita warga tempatan yang mengetuai jaringan perisikan Mossad di Malaysia itu menyusul selepas cubaan mereka untuk menculik dja warga Palestin di negara ini yang dipercayai adalah aset kepada sayap ketenteraan Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Menurut akhbar berkenaan, pada 10 malam 28 Sept yang lepas kumpulan perisik Mossad telah berjaya memintas kedua-dua warga Palestin ketika mereka berada di dalam kenderaan mereka di Jalan Yap Kwan Seng selepas makan malam.

Kedua-dua mereka adalah pengaturcara komputer dan dipercayai adalah aset penting kepada Hamas.

Kenderaan dinaiki oleh warga Palestin itu telah dipintas oleh sebuah kenderaan dinaiki empat lelaki, yang kemudiannya menculik mereka dan membawa ke sebuah chalet di Hulu Langat.

Untuk tempoh 24 jam selepas diculik itu, kedua-dua warga Palestin itu telah disoal-siasat oleh perisik Mossad untuk mengetahui tentang kepakaran tentang komputer serta lokasi pemimpin-pemimpin Hamas di Malaysia.

Polis
Gambaran artis dua lelaki dipercayai pembunuh pensyarah Palestin di Kuala Lumpur.

 

Nasib kedua-dua warga Palestin itu baik kerana polis Malaysia berjaya mengesan kedudukan mereka dan telah bertindak menyelamatkan mereka.

Kedua-dua warga Palestin itu telah pun meninggalkan Malaysia dengan kecederaan ringan di beberapa bahagian tubuh mereka akibat soalsiasat oleh perisik-perisik Mossad itu.

Itulah yang didedahkan oleh akhbar berbahasa Inggeris terbabit.

Pada Mei tahun lepas, sebuah stesen televisyen Israel,  Channel 13 melaporkan bahawa pihak tentera negara telah memberi lampu hijau kepada usaha-usaha mensasarkan operatif Hamas di semua peringkat sama ada yang berada di dalam Semenanjung Gaza atau di luar.

Menurut ciapan Twitter oleh Jonathan Schanzer @JSchanzer, arahan oleh tentera Israel atau IDF (Israel Defence Force) itu “mempunyai implikasi” terhadap beberapa negara seperti Iran, Turkey, Qatar dan Malaysia.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pihak keselamatan Israel atau media-medianya sejak daripada dahulu lagi telah mendakwa bahawa Malaysia sebagai salah satu pusat gerakan bagi “operatif-operatifnya” termasuk kemungkinan sebagai pusat “fund-raising”, mendapat sumber teknologi atau latihan dan lain-lain.

Ini ditambah pula, sokongan kuat Malaysia terhadap perjuangan Palestin serta hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Pihak Berkuasa Palestin dipimpin oleh Fatah (Tebing Barat) atau Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza.

Dalam satu laporan pada 2014, pihak tentera Israel mendakwa Hamas telah menghantar seorang komander bersama-sama 10 operatifnya yang lain pada tahun 2010 ke Malaysia untuk menjalani latihan paragliding.

Tujuannya adalah untuk beliau bersama unitnya memasuki Israel menggunakan para-gliding dan melaksanakan misi berani matinya.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia telah pun menafikan dakwaan oleh pihak Israel itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...