Kem. Pertahanan Meterai Kontrak Tambahan Bagi Pembinaan Kapal LCS
Keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) dengan nilai siling kontrak sebanyak RM9 bilion telah diumumkan oleh Menteri Pertahahan Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan pada 20 April lepas.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd secara rasmi sudah boleh memulakan kerja-kerja pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang telah tertangguh sejak beberapa tahun yang lalu.
Hari ini telah kontrak telah ditandatangani di antara syarikat itu dengan Kementerian Pertahanan sebagaimana dinyatakan dalam kenyataan kementerian itu menerusi akaun media sosialnya.
“Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz mewakili Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak tambahan ke 5 bagi Kontrak Perolehan Littoral Combat Ship (LCS) antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB).”

“Dengan termeterainya kontrak ini, akan membolehkan BNSSB memulakan fasa mobilisasi selaras dengan keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan projek LCS,” menurut kenyataan itu.
Kontrak ditandatangani hari ini adalah selaras dengan keputusan oleh Jemaah Menteri pada bulan April lepas yang memutuskan untuk meneruskan projek pembinaan enam buah kapal LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nilai siling bagi kesemua enam buah kapal perang termoden Malaysia itu adalah RM9 bilion.
Keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan pembinaan enam buah kapal LCS itu telah diumumkan oleh Menteri Pertahahan Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan pada 20 April lepas.
Kabinet memutuskan untuk meneruskan pembinaan kapal perang TLDM yang terbengkalai selama beberapa ketika selepas mengambil kira dua faktor utama.

Faktor pertama adalah LCS adalah aset yang amat diperlukan oleh TLDM.
“Ia bukan sahaja memenuhi perancangan pemodenan TLDM di bawah Transformasi 15 to 5 malah penting untuk meningkatkan kesiap-siagaan pasukan armada kita serta menambahbaik usaha memelihara kepentingan maritim negara.
Comments are closed.