Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Boustead Naval Diminta Segerakan Bayaran Tunggakan RM1 Bilion Pada Vendor LCS

Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan MASTRA Datuk Wan Othman Wan Ab Rahman berkata tunggakan hutang BNSSB dianggar berjumlah RM1 bilion kepada vendor di bawah naungannya sejak tiga tahun lalu.

0 4,174

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) perlu menyegerakan pembayaran tunggakan kepada vendor sebelum meneruskan projek perolehan kapal Littoral Combat Ship (LCS), menurut Persatuan Strategik Maritim Malaysia (MASTRA).

Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan dan Keselamatan MASTRA Datuk Wan Othman Wan Ab Rahman berkata tunggakan hutang BNSSB dianggar berjumlah RM1 bilion kepada vendor di bawah naungannya sejak tiga tahun lalu.

Tunggakan hutang itu telah menjejaskan kedudukan kewangan mereka manakala ramai pekerja terpaksa dibuang, menurut beliau sebagaimana dipetik oleh Berita Harian Online.

LCS

Pihaknya yang mewakili lebih 100 vendor itu turut memberi jaminan projek LCS yang tergendala sejak 2019 boleh diteruskan dan memberi komitmen menyiapkannya dengan segera menjelang 2025 atau lebih awal.

Namun apa yang penting adalah penyelesaian hutang tertunggak itu.

“Penyelesaian hutang tertunggak ini penting supaya pihak vendor dapat meneruskan kerja bagi menyiapkan enam kapal LCS. Kapal LCS pertama iaitu Maharaja Lela dijangka diserahkan kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2025.

“Projek LCS ini penting kepada pembangunan mampan industri pertahanan negara yang akan menyaksikan pembabitan kepakaran dan tenaga kerja anak tempatan dalam menyiapkan projek ini,” katanya pada sidang media.

MASTRA menurutnya tidak pernah berdepan masalah kelewatan dari segi pembekalan keperluan bagi menyiapkan projek LCS, malah sebahagian besar vendor memiliki kepakaran untuk meneruskan projek sehingga siap.

LCS

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Dua hari lepas, Menteri Pertahanan dalam satu kenyataan berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan dengan sebulat suara untuk meneruskan pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 billion yang telah terbengkalai selama 43 bulan.

Kabinet memutuskan untuk meneruskan pembinaan kapal perang TLDM yang terbengkalai selama beberapa ketika selepas mengambil kira dua faktor utama.

Faktor pertama adalah LCS adalah aset yang amat diperlukan oleh TLDM manakala faktor kedua adalah kerana terdapat 400 vendor yang terlibat dalam projek ini dengan implikasi kewangan lebih RM4 billion.

Sehingga 31 Oktober 2021, kemajuan pembinaan kapal LCS itu hanya pada tahap 57.5 peratus berbanding 96.57 peratus yang sepatutnya dalam jadual asal.

Projek pembinaan enam buah kapal LCS itu telah mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau 43 bulan (3 tahun 7 bulan). — DSA

Comments
Loading...