Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tawaran Pesawat FLIT/LCA TUDM Dari Stavatti Aerospace Ltd, Kredible Atau Tidak?

Ramai dikalangan pembaca-pembaca Defence Security Asia mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat itu untuk menyediakan pesawat FLIT/LCA sebagaimana yang dikehendaki oleh TUDM.

9,445

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas Defence Security Asia telah melaporkan tentang tawaran oleh sebuah syarikat pembuat pesawat berpengkalan di New York, Amerika Syarikat dikenali dengan nama “Stavatti Aerospace Ltd” untuk membekalkan pesawat mereka bagi program Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dipetik daripada laman web,Blog Before Flight, syarikat yang kurang dikenali itu menawarkan pesawat direkabentuk mereka, “SM-31T Stiletto” untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pertahanan bagi program perolehan 18 buah pesawat (FLIT/LCA) TUDM.

Syarikat Amerika Syarikat itu menamakan pesawat SM-31T Stiletto itu pesawat latihan lanjutan generasi ke-lima.

Stavatti bersaing dengan syarikat-syarikat pembuat pesawat yang terkenal, antaranya Korea Aerospace Industries (KAI), Hindustan Aerospace Ltd (HAL), Saab Group, Yakovlev, Leonardo, Pakistan Aeronautical Complex dan Chengdu Aircraft Corporation of China dan Mikoyan Gurevich untuk kontrak Kementerian Pertahanan dianggar bernilai RM4 bilion.

Akaun Twitter milik syarikat itu pada 24 Sept lepas turut mengumumkan bahawa ia menawarkan pesawat SM-31T Stiletto sebagai jalan penyelesaian TUDM terhadap keperluan pesawat FLIT/LCA mereka.

Stavatti
Lakaran grafik pesawat SM-31T Stiletto yang dibangunkan oleh Stavatti Aerospace dengan lambang TUDM.

 

Tawaran syarikat itu termasuk 18 buah pesawat SM-31T Stiletto, simulator, alat ganti, kerja-kerja sokongan dan latihan,

Ramai dikalangan pembaca-pembaca Defence Security Asia mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat itu untuk menyediakan pesawat FLIT/LCA sebagaimana yang dikehendaki oleh TUDM.

Tidak kurang juga yang melakukan kajian ringkas tentang pesawat-pesawat yang pernah dihasilkan oleh syarikat.

Pihak Defence Security Asia pun tidak pasti sama ada syarikat Stavatti Aerospace pernah menghasilkan apa-apa pesawat yang telah terjual atau digunakan oleh pihak lain, selain daripada pesawat-pesawat prototaip atau lakaran grafik pesawat masa depan.

Satu artikel yang diterbitkan oleh portal “Niagara Gazette” yang disiarkan pada 1 Mei tahun lepas mengatakan bahawa Stavatti Aerospace merupakan sebuah syarikat yang fokus terhadap merekabentuk, pembangunan dan pembuatan “kenderaan aeroangkasa generasi akan datang.”

Stavatti
Salah sebuah pesawat prototaip untuk Tentera Jepun.

Artikel itu juga menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai sebarang kontrak untuk membuat pesawat, tetapi ada rancangan (ke arah itu) termasuk pembikinan pesawat-pesawat pejuang masa depan untuk Taiwan serta enam Letter of Intent (LoI) untuk membina enam prototaip daripada kerajaan dan pihak swasta.

Syarikat Stavatti Aeropace Ltd ini diasaskan oleh seseorang bernama Christopher Beskar yang didakwa sebagai jurutera aeroangkasa daripada Minnesota di Amerika Syarikat.

Menurut laman web Blog Before Flight dalam laporan pada 19 Disember yang lalu, tawaran syarikat terbabit telah diserahkan kepada pegawai perolehan program FLIT/LCA Kementerian Pertahanan serta seseorang yang didakwa sebagai timbalan atase pertahanan kedutaan Malaysia.

Cadangan syarikat Stavatti Aerospace itu termasuklah 18 buah pesawat SM-31T Stiletto dan penyelesaian latihan yang menyeluruh termasuk Ground Based Training Systems (GBTS), alat ganti, ground support serta sokongan lojistik.

Syarikat turut menawarkan kemudahan pembinaan pesawat di Subang Aerotech Park atau di KLIA Aeropolis.

Cadangan kemudahan pembinaan pesawat seluas di antara 500,000 hingga 1,000,000 kaki persegi bakal mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam pembinaan pesawat di di Malaysia.

FA-50
Pesawat pejuang FA-50 buatan syarikat Korea Aerospace Industris.

 

Syarikat itu sebagaimana dipetik oleh laman web aeroangkasa dan pertahanan itu telah mencadangkan agar pesawat SM-31T Stiletto itu mula diserahkan kepada Malaysia pada 2025, dengan penghantaran kesemua 18 buah pesawat itu selesai sebelum berakhirnya tahun 2026, sekiranya cadangan itu diterima kerajaan Malaysia.

Pesawat SM-31T Stiletto itu masih lagi berada di fasa pembangunan oleh syarikat Stavatti Aerospace untuk memenuhi keperluan masa depan Tentera Udara Amerika Syarikat, NATO dan angkatan-angkatan tentera negara sahabat.

Pesawat satu enjin itu dengan ciri-ciri yang sukar dikesan oleh radar, pesawat SM-31T Stiletto itu dibangunkan sebagai pesawat latihan supersonik dan pesawat pejuang ringan satu tempat duduk dengan internal weapon bays.

SM-31T Stiletto ini menggunakan enjin Honeywell/ITEC F125X atau F125XX dengan afterburning turbofan dan Kawalan Penerbangan Power-By-Wire (PBW),  kerusi injal MK18 manakala pembuatan pesawat itu pula menggunakan aluminum lithium honeycomb sandwich.

Pesawat juga akan dilengkapi dengan kokpit gelas touch screen keseluruhannya.

Mengenai harganya pula, pesawat buatan syarikat berpengkalan di AmerikaSyarikat itu ditawarkan pada harga $18 juta (RM72 juta) sebuah dengan dengan penghantaran pesawat bermula pada tahun 2024 hingga tahun 2026, itu pun sekiranya Malaysia memilih pesawat itu sebagai pesawat FLIT/LCA.

— DSA

 

Klik Untuk Download dan Install Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.defencesecurityasia.dsanews

Google Play

Comments are closed.