Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Masalah Ekonomi Paksa Thailand Tangguh Beli Dua Kapal Selam China

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, Thailand membeli kapal selam kerana tidak mahu ketinggalan dengan Malaysia yang telah pun memiliki dua buah kapal selam "Scorpene" buatan Perancis.

0 3,777

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Thailand dijangka tidak akan memohon peruntukan untuk memperolehi dua lagi buah kapal selam kelas-Yuan “S26T” buatan China pada belanjawan tahun 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober tahun ini.

Sebaliknya, tentera negara jiran itu akan hanya memohon peruntukan untuk membeli dua lagi buah kapal selam China pada belanjawan tahun 2024 yang akan dibentangkan pada Oktober tahun depan.

Akhbar utama negara jiran itu, Bangkok Post dalam laporannya berkata Panglima Tentera Laut Thailand Laksamana Somprasong Nilsamai telah pun bersetuju untuk menangguhkan permohonan peruntukan pembelian dua buah kapal selam untuk setahun.

Panglima Tentera Laut Thailand itu berpendapat peruntukan pembelian kapal selam itu sepatutnya disalurkan kepada tujuan kebajikan.

“Ia adalah keputusan yang diambil oleh Panglima Tentera Laut tanpa sebarang arahan daripada kerajaan. Walaupun kapal selam adalah aset strategic yang amat perlu,tetapi keadaan ekonomi negara tidak mengizinkan kita untuk memperolehinya.”

Thailand
Kapal selam Kelas Yuan S26T yang bakal diperolehi oleh Tentera Laut Thailand daripada China.

 

“Oleh kerana itu, dasar perolehan kapal selam itu ditangguhkan kepada tahun 2023,” kata sumber itu kepada Bangkok Post.

Somprasong berkata, walaupun perolehan kapal selam itu penting tetapi ia memerlukan persetujuan daripada rakyat.

Berikutan daripada masalah ekonomi berpunca daripada pandemic COVID-19 yang berpanjangan, Thailand mengambil keputusan untuk menyalurkan peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk sektor pertahanan dan keselamatan kepada usaha merancakkan ekonominya serta membantu rakyatnya yang terjejas akibat pandemik itu.

Usaha kerajaan Thailand untuk menyalurkan peruntukan bagi membeli tambahan dua buah kapal selam untuk tentera lautnya pada dua tahun lepas menerima bantahan keras daripada rakyatnya yang mengatakan tindakan itu suatu pembaziran.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha telah menangguhkan permohonan peruntukan pembelian dua buah kapal selam itu sebanyak tiga kali akibat bantahan rakyat negara itu.

Thailand
Kapal selam kelas-Yuan China sebagaimana dipesan oleh Thailand.

 

Pada 2015, Thailand meluluskan pembelian sebuah kapal selam China bernilai US$470 juta (RM1.8 bilion) yang dijangka diterima oleh Bangkok pada tahun 2024.

 Tidak lama selepas itu, negara jiran itu bercadang memperolehi dua lagi buah kapal selam daripada China bernilai kira-kira US$740 juta (RM2.9 bilion)  tetapi cadangannya itu menerima bantahan keras daripada penduduk negara itu.

Bantahan keras penduduk Thailand itu telah menyebabkan kerajaan negara itu menangguhkan permohonan peruntukan perolehan dua buah kapal selam itu beberapa kali.

Nampaknya usaha Thailand memperolehi dua lagi buah kapal selam daripada China tidak kesampaian dan terpaksa ditangguhkan untuk tahun depan.– DSA

 

Klik Untuk Download dan Install Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.defencesecurityasia.dsanews

Google Play

Comments
Loading...