Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Akan Mula Terima Pesawat FLIT/LCA, Sistem UAS-MALE Pada 2024?

Bagaimanapun tarikh TUDM mula menerima kedua-dua aset terbaru itu juga bergantung kepada persoalan bila kerajaan akan menandatangani perjanjian/kontrak dengan pemenang tender untuk memperolehi kedua-dua sistem itu. Jika kontrak lambat ditandatangani, maka lagi lambatlah kita akan menerima kedua-dua sistem itu.

0 10,527

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia dijangka akan mula menerima pesawat-pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) dan Unmanned Aerial System (UAS)-Medium Altitude Long Endurance (MALE) pada tahun 2024.

Ia dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Abdul Aziz pada Dewan Negara baru-baru ini.

Bagaimanapun tarikh TUDM mula menerima kedua-dua aset terbaru itu juga bergantung kepada persoalan bila kerajaan akan menandatangani perjanjian/kontrak dengan pemenang tender untuk memperolehi kedua-dua sistem itu.

Jika kontrak lambat ditandatangani, maka lagi lambat kita akan menerima kedua-dua sistem itu.

Terdapat juga laporan mengatakan antara syarat yang ditetapkan dalam tender Kementerian Pertahanan itu adalah mana-mana syarikat pemenang perlu memastikan pesawat-pesawat FLIT/LCA itu dihantar ke Malaysia di dalam tempoh tiga tahun. (24-36 bulan)

FLIT/LCA
Pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

 

Mungkin penghantaran dilakukan secara batches (berperingkat) tetapi akan selesai dalam tempoh tiga tahun.

Maka, jika kerajaan menandatangani kontrak perolehan FLIT/LCA tahun depan, kita akan mula menerima pesawat-pesawat itu (dalam jumlah yg kecil) pada tahun 2024 iaitu dua tahun selepas kontrak ditandatangani sebelum proses penghantaran kesemua 18 buah pesawat itu selesai pada tahun 2025. (tiga tahun selepas kontrak ditandatangani)

Pada tahun 2025, kita sudah boleh tauliah skuadron pesawat FLIT/LCA yang dikatakan akan beroperasi daripada Pangkalan Udara TUDM Kuantan.

Walaupun beroperasi daripada Pangkalan Kuantan, tiada masalah untuk ia diaturgerak dan ditempatkan secara sementara di Labuan atau Tawau.

Baru-baru ini, laporan media daripada Korea Selatan mengatakan bahawa Korea Aerospace Industries (KAI) menjangkakan kerajaan Malaysia akan mengumumkan pemenang tender 18 buah pesawat FLIT/LCA pada suku pertama tahun depan. (tiga bulan pertama 2022)

KAI merupakan salah satu syarikat pembuat pesawat yang menyertai tender FLIT/LCA Kementerian Pertahanan dengan menawarkan pesawat  FA-50 Block 20 yang dibangunkannya bersama syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.

Selain daripada KAI, pesawat-pesawat lain yang turut bersaing untuk memenangi tender Malaysia itu termasuklah Tejas daripada India, L-15B China, JF-17 China/Pakistan, Gripen (Sweden), Leonardo M-346FA (Itali), Yak-130 (Russia) dan MiG-35 (Russia).

FLIT/LCA
Pesawat JAS 39 Gripen (Griffon) yang dibangunkan oleh syarikat Saab Group daripada Sweden.

 

Bagi tender UAS yang dibuka dan ditutup pada 2020,  Timbalan Menteri Pertahanan itu juga mengatakan bahawa TUDM yang akan mengoperasikan sistem itu akan mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu itu pada 2024.

Tender antarabangsa bagi sistem UAS-MALE itu menghendaki pemenang membekalkan tiga buah UAS kepada Malaysia untuk fasa pertama.

Dah dapat sistem UAS-MALE pada fasa pertama, barulah untuk perolehan tambahan di bawah fasa kedua.

Secara keseluruhannya, TUDM mempunyai keperluan untuk enam buah UAS-MALE yang berkemungkinan akan diperolehinya pada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan RMK-13 yang akan dilaksanakan pada tahun 2026-2030.

Apa yang menarik adalah, Timbalan Menteri Pertahanan itu mengatakan pesawat UAS-MALE itu akan beroperasi di Pangkalan Udara Labuan, kemungkinan bagi memudahkan tugasannya yang memfokuskan pemantauan di perairan Laut China Selatan.

UAS
Predator B (MQ-9 Reaper)

 

Iyalah, dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara pada ketika ini, Laut China Selatan adalah cabaran utama bagi kita.

Bagi persaingan tender UAS-MALE ini, antara syarikat-syarikat yang menunjukkan minat adalah Turkish Aerospace Industries (TAI) “Anka”Predator B (MQ-9 Reaper) daripada syarikat General Atomics, Wing Loong daripada Chengdu Aircraft Industry Group (CAIC),  Patroller daripada Safran dan CH-4 daripada China Aerospace Science and Technology Corporation serta Falco daripada Leonardo.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...