Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat F-35 Bergantung Pada Komponen Dihasilkan Di China?

Pakar China berkata, memandangkan Amerika Syarikat bergantung kepada aloi yang diperbuat daripada nadir bumi (rare earths) China, maka Beijing berkemungkinan perlu menimbangkan untuk mengharamkan eksport produk yang begitu strategik dan penting untuk pengeluaran pesawat pejuang buatan Uncle Sam itu serta sistem persenjataan yang lain.

0 3,476

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan Amerika Syarikat memberikan perlepasan “waiver” meneruskan penghantaran pesawat pejuang F-35 kepada tenteranya walaupun ia mengandungi komponen diperbuat daripada aloi hasil sumber nadir bumi di China, merupakan bukti bahawa ia bergantung kepada negara Komunis itu dalam penghasilan alatan ketenteraannya.

Washington tidak mampu untuk menghentikan pengeluaran pesawat generasi kelima itu walaupun mengakui ia mengandungi komponen diperbuat daripada aloi yang dihasilkan daripada nadir bumi (rare earths) di China.  

Peraturan Amerika Syarikat tidak membenarkan sebarang penggunaan komponen atau alatan buatan China pada pesawat tentera negara itu.

F-35B
Pesawat F-35B varian Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL)

 

Menurut pakar-pakar China ke media negara itu “Global Times”, penggunaan aloi diperbuat daripada nadir bumi negara itu pada pesawat F-35 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin menunjukkan Amerika Syarikat tidak dapat lari daripada bergantung kepada China, walau untuk menghasilkan sistem persenjataannya.

Pakar China itu menambah, memandangkan Amerika Syarikat bergantung kepada aloi yang diperbuat daripada nadir bumi China, maka Beijing mungkin perlu menimbangkan untuk mengharamkan eksport produk yang begitu strategik dan penting untuk pengeluaran pesawat pejuang buatan Uncle Sam itu.

Pakar ketenteraan berpengkalan di China, Wei Dongxu berkata, Beijing perlu memikirkan cara untuk memperketatkan kawalan terhadap produk nadir buminya yang strategik kerana Amerika Syarikat menggunakan produk itu pada sistem persenjataanya seperti pesawat F-35 yang digunakan untuk mengancam China.

Baru-baru ini,  Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah menghentikan penghantaran pesawat pejuang F-35 buat sementara waktu selepas pihaknya mendapati komponen penting digunakan oleh pesawat pejuang generasi kelima tu diperbuat menggunakan nadir bumi daripada China.

Nadir bumi yang dikenalpasti berasal daripada China itu digunakan untuk menghasilkan magnet yang dipasang pada pesawat pejuang canggih itu.

F-35A

Dalam satu kenyataan, syarikat Lockheed Martin yang membangunkan pesawat pejuang itu berkata magnet itu digunakan oleh komponen dinamakan Turbomachine – yang memberikan tenaga kepada starter/generator pesawat berkenaan.

Magnet itu diperbuat menggunakan aloi daripada nadir bumi, Samarium Cobalt yang didapati daripada China.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat mengatakan ia akan mencari alternatif kepada aloi yang dihasilkan daripada nadir bumi China.

Magnet
Magnet Samarium Cobalt

 

Menurut seorang pengurus syarikat nadir bumi China dikenali sebagai “Yang” memberitahu Global Times bahawa negara itu memiliki kelebihan kompetitif dalam penghasilan nadir bumi.

Usaha Amerika Syarikat untuk mengharamkan import aloi diperbuat daripada nadir bumi China adalah mustahil.

“China adalah satu-satunya negara di dunia yang berjaya membangunkan kemampuan untuk mengekstrak logam nadir bumi Samarium Cobalt, yang membawa maksud bahawa produk pertengahan iaitu Samarium Oxide itu 100 peratus dihasilkan di kilang-kilang di China.”

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 “Kami (China) juga menghasilkan 70 peratus daripada produk akhir untuk magnet nadir bumi Samarium-Cobalt.”

“Bagaimana Amerika Syarikat mahu menghentikan penggunaan produk nadir bumi China daripada pesawat-pesawat tenteranya,” kata beliau.

Selain pesawat F-35, terdapat juga laporan mengatakan bahawa produk-produk dihasilkan daripada nadir bumi China telah ditemui pada pesawat-pesawat F-16 serta B-1B seawal tahun 2014. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...