Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Exploitasi Aktiviti Perlombongan Nadir Bumi Di Myanmar Selepas Rampasan Kuasa Tentera

Kumpulan-kumpulan alam sekitar di Myanmar memberitahu portal berita The Irawaddy bahawa aktiviti perlombongan nadir bumi didapati telah meningkat sebanyak lima kali ganda di bandar-bandar seperti Pangwa dan Chipwi selepas rampasa kuasa tentera itu.

0 2,070

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak tentera Myanmar merampas kuasa pada 1 Februari lepas, kumpulan and aktivis alam sekitar di negara itu mendapati terhadap peningkatan dalam aktiviti perlombongan nadir bumi (rare earths) oleh pelombong-pelombong China terutamanya di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh tentera Myanmar  (Tatmadaw) di Kachin State.

Kachin State terletak di utara Myanmar bersempadan dengan China.

Kumpulan-kumpulan alam sekitar di Myanmar memberitahu portal berita The Irawaddy bahawa aktiviti perlombongan nadir bumi didapati telah meningkat sebanyak lima kali ganda di bandar-bandar seperti Pangwa dan Chipwi selepas rampasa kuasa tentera itu.

Mereka juga mengesan peningkatan kemasukan pekerja-pekerja China ke Myanmar untuk bekerja di lombong-lombong nadir bumi itu.

“Sebelum rampasan kuasa oleh tentera itu, kita mendapati hanya di antara satu atau dua lori (memasuki China daripada Myanmar) tetapi kini bilangan itu telah meningkat kepada kira-kira 15 lori pada satu hari.

Nadir Bumi
Lori-lori membawa nadir bumi menuju ke sempadan Myanmar-China.

 

“Lori-lori itu membawa karung-karung membawa bahan itu hasil daripada perlombongan nadir bumi di Myanmar,” kata kumpulan itu sambil menambah bahawa pihak berkuasa China “menutup mata” terhadap kemasukan lori-lori membawa nadir bumi daripada Myanmar.

Menurut portal itu,China merupakan pengimport terbesar nadir bumi daripada Myanmar iaitu separuh daripada pengeluaran yang dihasilkan oleh negara Asia Tenggara itu.

Pelombong-pelombong nadir bumi China mula mensasarkan Myanmar selepas Beijing bertindak tegas terhadap aktiviti perlombong nadir bumi haram di negara itu.

Pada tahun lepas, import nadir bumi oleh China daripada Myanmar meningkat 23 peratus kepada 35,000 tan berbanding tahun sebelumnya, yang menyumbang kira-kira 74 peratus daripada import nadir bumi China menurut portal berita Global Times.

Sebagaimana yang kita ketahui, nadir bumi ini apabila diproses menjadi bahan yang amat penting kepada pelbagai industri utama dunia ketika ini daripada pembuatan telefon bimbit, komponen satelit, bateri kereta hybrid, satelit, peluru berpandu dan pelbagai lagi.

Tidak menghairankanlah jika China mengambil kesempatan daripada rampasan kuasa di Myanmar itu untuk mendapatkan lebih banyak bekalan terhadap bahan yang penting itu.

Ini ditambah pula dengan dakwaan bahawa Beijing “menyokong” rampasan kuasa tentera Myanmar yang menumbangkan parti National League of Democracy (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi.

Sehingga hari ini, Beijing tidak pernah mengutuk atau mengecam rampasan kuasa oleh tentera, malah ia menggunakan kuasa diplomatiknya untuk “memujuk” negara-negara serantau supaya tidak terlalu berkeras dengan tentera Myanmar.

Beijing mahu negara-negara serantau “melayan” pihak tentera Myanmar dengan baik walaupun sejak mereka merampas kuasa lebih daripada 750 orang penduduk negara itu telah dibunuh dengan kejam.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...