Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

F-35 “Tapau” Pasaran Pesawat Pejuang Eropah, Pesaing Kecewa

Dominasi pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat di Eropah telah memaksa syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang benua itu untuk bergantung harap kepada pasaran luar Eropah termasuk di Timur Tengah dan Asia untuk menjana jualan supaya mereka dapat “terus hidup.”

0 8,172

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam tempoh empat tahun, syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang di Eropah seperti Dassault Aviation (Rafale),BAE Systems, Leonardo, Airbus (Eurofighter Typhoon) dan Saab Group (Gripen) hanya sekadar menjadi penonton terhadap kehebatan pesawat F-35 buatan Amerika Syarikat “tapau” pasaran pesawat pejuang di benua itu.

Kebanyakkan pegawai-pegawai kanan syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah berkenaan telah melahirkan rasa kecewa mereka terhadap dominasi pesawat F-35 di benua milik mereka.

Malah pemimpin-pemimpin politik di Perancis telah menyeru rakan-rakan negara Eropah mereka supaya “beli barangan Eropah” dalam satu usaha terdesak untuk meredakan “kegilaan” negara jirannya yang berduyun-duyun membeli pesawat F-35.

F-35
F-35

 

Dominasi pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat di Eropah telah memaksa syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang benua itu untuk bergantung harap kepada pasaran luar Eropah termasuk di Timur Tengah dan Asia untuk menjana jualan supaya mereka dapat “terus hidup.”

Perasaan kecewa syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah terhadap dominasi F-35 di benua mereka sendiri sememangnya tidak dapat dibendung lagi dan mereka telah meluahkannya secara terbuka di media.

Baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saab Group,  Micael  Johansson telah memberitahu wartawan di negara Scandinavia itu tentang “kekecewaannya” berhubung kegagalan pesawat pejuang Gripen dibangunkan mereka dalam menarik minat pembeli-pembeli selain daripada Tentera Udara Sweden.

Bercakap kepada media negara itu di ibu pejabat Saab di Stockholm pada 26 Ogos lepas, beliau berkata pesawat pejuang Gripen gagal menepati sasarannya dalam pasaran eksport dan menyalahkan faktor-faktor politik sebagai punca disebalik kegagalan itu.

Kali terakhir pesawat pejuang Gripen berjaya memenangi kontrak membekalkan pesawat kepada negara asing adalah pada 2014, iaitu lapan tahun lepas, apabila ia berjaya menambat hati Brazil yang bersetuju membeli 36 buah pesawat pejuang buatan Sweden itu bernilai US$5.4 bilion.

Gripen E
Varian pesawat Gripen-E pertama yang diterima oleh Tentera Udara Brazil .

 

Daripada segi prestasi dan kemampuan pesawat pejuang itu, Johansson berkata, tiada apa yang membeza Gripen dengan pesawat-pesawat pejuang yang setanding dengannya.

Menurut penganalisis yang ditemuramah oleh Defense News, gelombang kejayaan pesawat F-35 dipercayai berpunca daripada tahap interoperabiliti pesawat itu yang tinggi dengan dengan pesawat-pesawat pejuang negara sekutu dan rakan terutama yang bernaung di bawah NATO.

Selain itu adalah jaminan naik taraf oleh pembuat pesawat F-35, iaitu Lockheed Martin.

Rafale
Rafale

 

Penganalisis juga berkata, kehadiran pesawat F-35 itu di benua Eropah itu disifatkan tepat pada masanya ketika pelbagai negara di benua itu sedang berkira-kira mahu menggantikan pesawat pejuang mereka dengan pesawat yang lebih moden.

Belgium menjadi negara Eropah yang pertama membeli pesawat F-35 pada 2018 dengan komitmen untuk memperolehi 34 buah pesawat F-35A, diikuti oleh Poland dua tahun selepas itu dengan memperolehi 32 buah pesawat F-35A.

Pada 2021, Switzerland dan Finland masing-masing menggantikan pesawat F/A-18 Hornet mereka untuk membeli 36 dan 64 buah pesawat F-35 itu.

F-35B
Pesawat F-35B Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Baru-baru ini, Jerman pula merancang untuk mendapatkan 35 buah pesawat F-35A bagi menggantikan pesawat pejuang Tornado-miliknya yang berkemampuan membawa bom-bom nuklear.

Republik Czech juga telah menyatakan komitmennya untuk mendapatkan 24 buah pesawat F-35 untuk menggantikan pesawat Gripen bakal ditamatkan khidmatnya.

Pihak syarikat Lockheed Martin menganggarkan menjelang tahun 2030, sebanyak 550 buah pesawat F-35 akan beroperasi di Eropah termasuk skuadron pesawat F-35 Amerika Syarikat yang beroperasi di Pangkalan Udara Lakenheath di England. — DSA

Comments
Loading...