Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penghantaran F-35 Digantung, Komponen Guna Bahan Dari China Ditemui

Syarikat Lockheed Martin yang membangunkan pesawat pejuang F-35 berkata magnet itu digunakan oleh alatan dinamakan Turbomachine – suatu komponen yang memberikan tenaga kepada starter/generator pesawat. Magnet itu diperbuat menggunakan Cobalt dan Aloi Samarium daripada China.

0 13,952

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah menghentikan penghantaran pesawat pejuang F-35 buat sementara waktu selepas pihaknya mendapati komponen penting digunakan oleh pesawat pejuang generasi kelima tu diperbuat menggunakan bahan asli berasal daripada China.

Bahan asli yang dikenalpasti berasal daripada China itu digunakan untuk menghasilkan magnet yang dipasang pada pesawat pejuang itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat Lockheed Martin yang membangunkan pesawat pejuang itu berkata magnet itu  digunakan oleh alatan dinamakan Turbomachine – yang merupakan komponen yang memberikan tenaga kepada starter/generator.

F-35

Magnet itu diperbuat menggunakan bahan-bahan seperti Cobalt dan Aloi Samarium yang berasal daripada China.

Pihak Lockheed Martin sebagaimana dipetik sebagai berkata oleh portal Defense News, hanya mengetahui tentang perkara itu baru-baru ini.

Jurucakap syarikat Laura Siebert berkata, magnet-magnet yang telah dipasang di pesawat-pesawat F-35 sebelum ini tidak akan digantikan dengan magnet yang diperbuat daripada bahan-bahan asli didapati bukan daripada China.

Ini kerana magnet-magnet yang telah dipasang di pesawat-pesawat pejuang itu adalah selamat untuk penerbangan dan tidak meletakkan maklumat-maklumat sensitif di dalam keadaan berbahaya.

Seorang lagi jurucakap di Joint Program Office (JPO), Russel Goemaere pula mengesahkan bahawa magnet itu tidak mengeluarkan sebarang maklumat atau membahaya keselamatan pesawat itu.

F-35

Operasi pesawat pejuang F-35 yang telah diserahkan kepada pelanggan dan sedang berkhidmat akan diteruskan tanpa sebarang perubahan.

Bagaimanapun disebabkan dengan pematuhan terhadap agensi, Defense Federal Acquisition Regulation Supplement atau DFARS, pejabat JPO telah mengarahkan Agensi Pengurusan Kontrak Pertahanan supaya menghentikan penerimaan pesawat-pesawat F-35 buat sementara waktu.

Pihak Lockheed Martin berkata, pada masa depan pembuatan alatan Turbomachine itu akan menggunakan magnet yang diperbuat daripada bahan-bahan aloi didapati daripada Amerika Syarikat.

F-35B
Pesawat F-35B Short Take-Off and Vertical Landing (STOVL)

 

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Sejak diperkenalkan kira-kira 15 tahun yang lalu, kira-kira 1,000 buah pesawat F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin telah berjaya dijual kepada pelbagai negara seluruh dunia terutamanya sekutu-sekutu Tier One Amerika Syarikat.

 Lebih 1,000 buah pesawat F-35 yang sudah terjual setakat ini termasuk dengan pesawat-pesawat yang digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat.

Disebabkan kejayaannya menjual lebih daripada 1,000 pesawat F-35 di seluruh dunia, syarikat pertahanan Amerika Syarikat itu kini boleh menawarkan untuk menjual varian F-35A pada harga permulaan US$80 juta kepada pelanggannya, — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

Comments
Loading...