Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

K’jaan Belanja RM2.4 Bilion Tingkat Keupayaan F/A-18D Hornet TUDM

TUDM mengoperasikan lapan buah pesawat pejuang terbabit yang diperolehinya pada 1997 dan sudah pasti program peningkatan keupayaan dan Sustainment Programme pesawat F/A-18D Hornet itu adalah untuk memastikan ia terus beroperasi dengan berkesan sehingga tahun 2035-2040 sebelum ia diganti dengan pesawat pejuang lain.

0 4,749

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain mengumumkan tentang perolehan pesawat peronda maritim dan sistem Unmanned Aerial Vehicle-Medium Altitude Long Endurance (UAS-MALE), Menteri Pertahanan turut memaklumkan tentang program membabitkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.

“Selenggaraan pesawat F/A-18D @tudm_rasmi penting bagi pastikan ia terus berupaya melaksanakan penugasan seiring tuntutan keselamatan semasa.”

“RM2.4b telah diperuntukkan bagi melaksanakan peningkatan keupayaan sistem pesawat F/A-18D serta F/A-18D Sustainment Programme,” kata Menteri Pertahanan di dalam ciapan menerusi akaun Twitternya semalam.

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (pix credit to owner)

 

TUDM mengoperasikan lapan buah pesawat pejuang terbabit yang diperolehinya pada 1997 dan sudah pasti program peningkatan keupayaan dan Sustainment Programme pesawat F/A-18D Hornet itu adalah untuk memastikan ia terus beroperasi dengan berkesan sehingga tahun 2035-2040 sebelum ia diganti dengan pesawat pejuang lain.

Ciapan oleh Menteri Pertahanan tentang program naik taraf pesawat pejuang F/A-18D Hornet itu tidak memberikan sebarang perincian mengenainya tetapi peruntukan sebanyak RM2.4 biliion itu adalah jumlah yang besar.

Setakat ini admin tiada maklumat mengenai program peningkatan keupayaan F/A-18D dan Sustainment Programme, tetapi mengetahui ianya dilakukan di Pangkalan TUDM Butterworth.

Bagaimanapun, media pertahanan Amerika Syarikat beberapa bulan lepas melaporkan bahawa syarikat Raytheon telah berjaya menerbangkan pesawat F/A-18C/D dipanggil “Legacy Hornet” (Classic Hornet) milik Tentera Laut Amerika yang dilengkapkan dengan radar APG-79 (V) 4 Active Electronically Scanned Array (AESA) baru-baru ini.

Radar APG-79 (V) 4 AESA itu adalah derivatif kepada radar APG-79 AESA yang kini digunakan oleh pesawat-pesawat F/A-18E/F “Super Hornet” dengan kedua-duanya menggunakan teknologi dan komponen yang sama.

Hornet
Pesawat F/A-18D Hornet bersama-sama Su-30MKM, MiG-29N serta Hawk 200.

 

Pesawat pejuang Legacy Hornet yang dilengkapi dengan radar AESA itu telah menjalani ujian penerbangan di Naval Air Weapon Station di China Lake, California.

Ia merupakan penerbangan ujian pertama bagi pesawat Hornet yang dilengkapi dengan radar APG-79 (V) 4 AESA selepas prototaip radar itu yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon diserahkan kepada pihak tentera Amerika pada 2021.

Radar APG-79 (V) 4 AESA yang dilengkapkan pada pesawat Legacy Hornet itu adalah radar pertama menggunakan Gallium Nitride (GaN) AESA fire-control technology yang membolehkan radar itu memiliki kemampuan untuk mengesan dan menjejaki pesawat musuh daripada kedudukan yang lebih jauh dan lebih tepat.

Radar AESA itu juga akan membolehkan pesawat dilengkapkan dengan sistem persenjataan yang lebih berkemampuan.

Sementara itu pada bulan lepas, pesawat pejuang Super Hornet Tentera Laut Amerika Syarikat telah berjaya melakukan penerbangan ujian dengan membawa LITENING Advanced Targeting Pod yang dibangunkan oleh syarikat Northrop Grumann Corp.

APG-79
Radar APG-79 pada pesawat Super Hornet

 

Apabila segala ujian selesai, LITENING Advanced Targeting Pod itu akan menggantikan AN/ASQ-228 Advanced Targeting Forward-Looking Infrared (ATFLIR) yang digunakan oleh pesawat-pesawat Hornet pada ketika ini termasuk pesawat F/A-18D milik TUDM.

Adakah program peningkatan keupayaan pesawat dan Sustainment Programme F/A-18D milik TUDM yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan semalam itu turut melibatkan usaha melengkapkan ia dengan radar APG-79 (V) 4 AESA atau menggantikan pod sasarannya daripada ATFLIR kepada LITENING Advanced Targeting Pod?

Nanti kita cuba korek lagi maklumat berkenaan program ini…

Sebenarnya Tentera Laut Amerika Syarikat telah mula menaiktaraf pesawat-pesawat Legacy Hornet mereka sejak dua tahun lepas dengan melengkapkannya dengan komponen dan peralatan yang lebih canggih.

Selain melengkapkan pesawat-pesawat Legacy Hornetnya dengan radar AESA, ia juga meningkatkan keupayaan avionik dan peperangan elektronik, self protection jammer serta sistem persenjataan baru seperti AIM-120D, AIM-9X dan Advanced Precision Kill Weapon System.

FA-50
GBU-38 Joint Direct Attack Munitions (JDAM)

 

Sebenarnya, pesawat Hornet TUDM telah pun ditingkat upaya pada 2011 di bawah projek Foreign Military Sales (FMS) kerajaan Amerika Syarikat bernama “Engineering Change Proposal (ECP)” dan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak pembuat pesawat itu telah berlangsung sehingga 2015 apabila pesawat menghampiri hari jadi ke-20 tahunnya.

Kerja-kerja naik taraf itu dilakukan di kemudahan Boeing di St Louis, Missouri serta di Butterworth.

Usaha menaiktaraf pada 2011 itu telah dilakukan secara berfasa bertujuan menjadikan pesawat Hornet kita lebih berkemampuan dan berkeupayaan di dalam melaksanakan misi-misi udara-ke-udara dan udara-ke-daratnya.

Kerja-kerja menaiktaraf dibawah ECP itu menyaksikan pesawat Hornet TUDM diintergrasikan dengan teknologi baru termasuk Joint Helmet-Mounted Cueing System (JHMCS) yang dibangunkan oleh Boeing, kemampuan untuk melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X, GPS guidance kits untuk Joint Direct Attack Munitions (JDAM)  dan Advanced Targeting Forward-Looking Infrared (ATFLIR) targeting pods bagi menggantikan Nite Hawk Targeting Pods yang digunakan oleh pesawat Hornet TUDM sebelum ini.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pemerhati pertahanan pada ketika itu mengatakan kerja-kerja naiktaraf pesawat F/A-18D Hornet kita telah menjadikan ia setanding dengan varian pesawat F/A-18E/F Super Hornet Block 1.

Antara kemampuan utama yang diperolehi oleh TUDM selepas kerja-kerja naiktarak ke tahap “25X Standard” itu adalah helmet JHMCS yang menjadikan pesawat-pesawat Hornet kita sukar ditandingi dalam pertarungan udara-ke-udara serta misi memusnahkan sasaran di daratan. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...