Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal OPV Pertama APMM Dilancarkan

Kapal OPV 1 berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar itu berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil.

0 3,423

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kapal Peronda Luar Pesisir yang pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya dilancarkan ke air semalam.

Kerja-kerja melancarkan kapal OPV 1 itu ke air diadakan di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) di Pelabuhan Klang pada jam 5.57 pagi menggunakan sistem pelancaran ‘Air Balloon’.

Pelancaran itu telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Malaysia, Puan Anis Rizana Binti Mohd Zainudin, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Ahmad Firdaus Bin Baharudin serta ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan Urusharta Jamaah Sdn Bhd dan TH Heavy Engineering Berhad.

APMM
Lakaran grafik kapal OPV milik APMM apabila ia siap kelak.

 

Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dan barisan pengurusan tertinggi Maritim Malaysia.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Zubil Mat Som berkata, selepas ini pihak THHE akan menghidupkan dan mentauliah sistem kapal, membuat ujian di laut serta menyediakan latihan kepada kru kapal selama tiga bulan sebelum majlis penyerahan kapal OPV 1 kepada Maritim Malaysia dibuat pada awal tahun 2023.

Kapal OPV 1 berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar itu berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil.

APMM menandatangani perjanjian untuk memperolehi tiga buah kapal OPV bernilai lebih RM700 juta pada 2017.

Beting Patinggi Ali
Beting Patinggi Ali dan kedudukannya di perairan Sarawak.

 

Kapal yang direkabentuk mengikut rekabentuk kapal Damen 1800 itu, berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

Selepas diserahkan kepada Maritim Malaysia kelak, kapal OPV 1 dijangka akan beroperasi di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Kapal OPV 1 yang dinamakan Tun Fatimah itu sepatutnya dilancarkan pada 13 Sept yang lalu sebelum tarikh pelancarannya dilanjutkan kepada 10 Oktober.

Kapal OPV yang direkabentuk mengikut rekabentuk kapal Damen 1800 itu berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...