Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ESSCOM Keluar Senarai 20 Warga Asing Paling Dikehendaki

Kesemua 20 warga asing itu dikehendaki oleh pihak keselamatan negara ini kerana mempunyai hubungan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Kumpulan Penculik Untuk Wang Qrang Tebusan (Kidnap For Ransom Group - KFRG) dan kes-kes jenayah rentas sempadan pada 26 Januari lalu.

0 1,400

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini telah mengeluarkan senarai 20 individu warganegara asing yang dikehendaki (Wanted List) untuk membantu siasatan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Kesemua 20 warga asing itu dikehendaki oleh pihak keselamatan negara ini kerana mempunyai hubungan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Kumpulan Penculik Untuk Wang Qrang Tebusan (Kidnap For Ransom Group – KFRG) dan kes-kes jenayah rentas sempadan pada 26 Januari lalu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian  011-63311072.

ESSCOM

Antara yang individu yang tersenarai dalam senarai yang dikeluarkan oleh ESSCOM hari ini adalah sub ketua kumpulan Abu Sayyaf yang juga pakar pembuat bom kumpulan pengganas terbabit iaitu Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan.

Selain mempunyai kepakaran dalam membuat bom, Muzdrimar juga adalah anak saudara kepada pemimpin kanan Abu Sayyaf iaitu Hatib Hajan Sawadjaan.

Mudzrimar telah dikenalpasti oleh pasukan keselamatan Filipina sebagai perancang utama kepada dua kejadian pengeboman yang mengorbankan 14 orang di bandar Jolo, selatan Filipina pada Ogos 2020.

Bapa saudara beliau iaitu Hatib dikenal pasti oleh pasukan keselamatan Filipina sebagai perancang beberapa insiden letupan di Jolo, Filipina termasuk insiden pengeboman di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ pada 2019 yang mengorbankan kira-kira 23 orang.

UTK
Pakar bom Abu Sayyaf, Mudzrimar@Mundi Sawadjaan

 

Hatib merupakan ketua kumpulan faksi kumpulan Abu Sayyaf yang menyokong perjuangan kumpulan pengganas, Islamic State (IS) atau Daesh dan dipercayai telah terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina.

Pihak keselamatan Filipina tidak menyatakan kematian Hatib secara rasmi kerana mayatnya gagal ditemui sehingga kini.

Didalam senarai yang dikeluarkan itu, turut menamakan Mujimar Sawadjaan@Rasad tetapi maklumat sama ada beliau mempunyai sebarang kaitan dengan Mudzrimar atau Hatib.

Menurut maklumat daripada pasukan keselamatan Filipina, keluarga Sawadjaan adalah anggota kumpulan Abu Sayyaf yang bersekutu dengan Isnilon Hapilon, anggota pengganas yang mengetuai pengepungan terhadap bandar Marawi pada 2017 dan terbunuh apabila tentera Filipina apabila ia menggempur bandar itu untuk membebaskannya.

ESSCOM
Kejadian pengebom di sebuah gereja di Jolo yang tahun 2020 yang dipercayai dilakukan oleh Mudzrimar@Mundi Sawadjaan.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Pengepungan selama lima bulan terhadap bandar Marawi itu dipercayai menggorbankan 1,200 anggota keselamatan, pengganas dan orang awam.

Turut disenaraikan dalam senarai ESSCOM itu adalah Madjid Said@Amah Pattit yang merupakan pemimpin paling kanan kumpulan Daulah Islamiyah yang berpengkalan di Sulu dan komander kepada Abu Sayyaf di Kepulauan Sulu.

Madjid dikatakan bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.

Selain itu, turut disenaraikan dalam senarai ESSCOM itu adalah Ahadin Hussein,Ellam Sajirin@Nasirin dan Ismuran Jirah yang didakwa terlibat dalam jenayah penculikan lima orang nelayan warga Indonesia di perairan Tambisan pada 2019. — DSA

Comments
Loading...