Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kizilelma”, Peperangan Udara Masa Depan Dari Turki

Pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” yang direkabentuk supaya menjadi pesawat pejuang tanpa pemandu halimunan (stealth) dengan airframe-nya yang memiliki Radar Cross Section (RCS) yang amat rendah bagi membolehkan ia menyelinap ke sesuatu kawasan konflik tanpa dikesan oleh radar musuh.

0 1,817

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, Ketua Pegawai Teknologi syarikat Bayrak, Selcuk Bayraktar telah menerbitkan sekeping gambar di akaun Twitter miliknya menunjukkan pesawat pejuang tanpa pemandu dipanggil “Kizilelma” siap dengan coating kombatnya.

Syarikat Bayrak merupakan syarikat Turkiye yang bertanggungjawab membangunkan pesawat tanpa pemandu “Bayraktar TB2” yang mempunyai reputasi menggerunkan di medan-medan perang termasuk di Ukraine dan kini “Akinci.”

Manakala, “Kizilelma” pula adalah masa depan peperangan udara bagi Turkiye di mana ia kian bergantung kepada pesawat-pesawat tanpa pemandu untuk melaksanakan misi-misi dan operasi udara.

Kizilelma

Sebagaimana Bayraktar TB2, pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” juga akan dikerah oleh terlibat di medan-medan peperangan dalam Turkiye serta luar negara.

Aset terbaru Turki itu dibangunkan secara keseluruhannya oleh anak-anak tempatan di firma Baykar hasil pengalaman dan pengetahuan daripada pembangunan daripada “Akinci” yang telah pun memasuki perkhidmatan tentera Turkiye pada ketika ini.

Pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” yang direkabentuk supaya menjadi pesawat pejuang tanpa pemandu halimunan (stealth) dengan airframe-nya yang memiliki Radar Cross Section (RCS) yang amat rendah bagi membolehkan ia menyelinap ke sesuatu kawasan konflik tanpa dikesan oleh radar musuh.

Ia dijangka melakukan penerbangan sulungnya pada tahun depan dan seterusnya memasuki perkhidmatan angkatan tentera Turkiye selepas itu.

Dilengkapi dengan radar AESA (Active Electronically Scanned Array) buatan firma pertahanan Turkiye sendiri, “Kizilelma” dengan maximum take-off weight dijana dengan enjin turbofan bagi membolehkan ia terbang dengan kelajuan menghampiri supersonik.

Kizilelma

Enjin jet yang melengkapkan pesawat pejuang tanpa pemandu “Kizilelma” itu adalah daripada jenis AI-25TLT yang dibangunkan secara kerjasama di antara Turkiye dan Ukraine.

Berkemampuan membawa muatan sehingga seberat 1.5 tan, pesawat pejuang tanpa pemandu masa depan Turki itu direkabentuk bagi membolehkan ia terbang dan mendarat daripada kapal Amphibious Assault Ship Tentera Laut Turkiye yang pertama “Anadolu” yang sedang menjalani ujian di laut pada ketika ini.

Ia akan menggantikan pesawat pejuang F-35 yang sepatutnya beroperasi daripada “Anadolu”, sebelum Turki dikeluarkan daripada program pembangunan itu dan seterusnya dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat, sekaligus memusnahkan hasratnya untuk memiliki F-35.

Kizilelma

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bukan sahaja pesawat pejuang tanpa pemandu terbaru Turkiye itu berkemampuan terbang dan mendarat daripada kapal “Anadolu”, tetapi apa sahaja kapal-kapal pengangkut pesawat (mini aircraft carriers) yang memiliki landasan yang pendek.

“Kizilelma” mampu beroperasi pada ketinggian 35,000 kaki dan berada di udara selama lima jam tanpa henti dengan jarak radius operasinya melebihi 500 batu nautika.

Pesawat pejuang tanpa pemandu Turkiye ini berkemampuan membawa kesemua jenis bom dan peluru berpandu yang dihasilkan oleh firma-firma pertahanan negara Mediterranean itu, mengukuhkan lagi hasratnya untuk tidak bergantung dengan mana-mana negara daripada segi sistem persenjataan. — DSA

Comments
Loading...