Gambar Terkini Keadaan Dalam Pesawat CN235 MSA Milik TUDM
Kerja-kerja mengubahsuai tiga buah pesawat pengangkut CN235-220 milik TUDM kepada varian MSA dilakukan dibawah program Building Partner Capacity United, States Navy (USN) selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat CN235-220 MSA (Maritime Surveillance Aircraft) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut terlibat dalam latihan “Force Down Procedure” pada Eksesais Paradise Siri 10/23 yang sedang berlangsung pada ketika ini.
Bertempat di Pangkalan Udara Labuan, pesawat itu baru beberapa bulan diserahkan kembali kepada TUDM selepas ia selesai menjalani kerja-kerja ubahsuai daripada pesawat pengangkut kepada varian MSA.
Kerja-kerja mengubahsuai tiga buah pesawat pengangkut CN235-220 milik TUDM kepada varian MSA dilakukan dibawah program Building Partner Capacity United, States Navy (USN) selari dengan Maritime Security Initiative oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Ia bertujuan membantu kerajaan Malaysia dalam meningkatkan keselamatan dan pemantauan domain maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara.
Syarikat P.T Dirgantara Indonesia (PTDI) adalah kontraktor utama program pengubahsuaian pesawat CN235 TUDM itu kepada varian MSA.
‘Force Down Procedure’ merupakan langkah yang akan dilaksanakan sekiranya terdapat pesawat yang mencurigakan memasuki ruang udara tanah air atau sekiranya pesawat ditawan musuh.
Di dalam siri eksesais PARADISE siri 10/23 kali ini latihan ‘Force down Procedure’ telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Labuan melibatkan penglibatan CRC 2 Kota Samarahan dengan pesawat SU-30MKM, CN235, elemen HANDAU, ‘Explosive Ordnance Disposal’ (EOD) Cawangan Kejuruteraan, BOMBA serta RSAT pangkalan.
Dalam gambar yang dikeluarkan oleh akaun media sosial TUDM, ia turut mendedahkan keadaan terkini di dalam pesawat CN235 MSA selepas ia menjalani kerja-kerja pengubahsuaian oleh PTDI itu.
Sebagaimana di dalam gambar, kita dapat melihat keadaan dalam pesawat CN235 MSA itu selain Belly Radome dan FLIR.
Program pengubahsuaian itu menyaksikan usaha-usaha mengintergrasikan kemampuan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) ke dalam pesawat milik CN235-220 milik TUDM itu dengan kerjasama pihak Naval Air Systems Command’s Security Cooperation Office and Naval Air Warfare Center Aircraft Division (NAWCAD) AIRWorks.
Usaha-usaha mengubahsuai pesawat CN-235 ke tahap MSA meliputi kelengkapan maritime surveillance mission suite, maritime surveillance radar, electro-optical infrared turret, line-of-sight datalink dan juga roll-on/roll-off mission system operator station.
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kemampuan ISR TUDM, stesen bumi bergerak dan kekal juga sedang dibekalkan.
“Program CN-235 Malaysia akan menjadi keupayaan berganda kepada kemampuan ISR negara dan sekaligus menyokong usaha bersama di antara Malaysia dan Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan antarabangsa terutamanya di kawasan Indo-Pacific,” menurut Pengarah Pejabat Kerjasama Keselamatan di Naval Air Systems Command, Ron Weinberger dalam satu kenyataan tahun lepas.
Keseluruhannya, TUDM memiliki tujuh buah pesawat CN-235 dalam varian pengangkut.
PTDI telah bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.
Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).
Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat” dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).
Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.
Pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).
Dengan tiga buah pesawat CN-235 versi MSA itu, ia sekurang-kurangnya dapat menampung tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh Maritime Patrol Aircraft (MPA) bakal diperolehi oleh TUDM.
Pada LIMA ’23 baru-baru ini, Kementerian Pertahanan telah menandatangani kontrak perolehan dengan syarikat Leonardo untuk memperolehi dua buah pesawat peronda maritim ATR72 MPA. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]
Comments are closed.