Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia, Malaysia, Vietnam Disasar Jadi Pengguna Peluru Berpandu BrahMos

Di antara tiga empat negara di Asia Tenggara dan Timur Tengah seperti Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Arab Saudi berpotensi untuk menjadi pelanggan peluru berpandu BrahMos, menurut syarikat usahasama India-Russia, BrahMos Aerospace.

0 2,697

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas berjaya memikat Filipina untuk membeli sistem peluru berpandu supersonic “BrahMos”, India mensasarkan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia untuk menjejaki langkah Manila dalam memperolehi sistem terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif BrahMos Aerospace Atul Rane dalam temuramah dengan agensi berita Russia, TASS berkata bahawa, di antara tiga hingga empat buah negara di Asia Tenggara mempunyai potensi besar untuk menjadi pelanggan peluru berpandu BrahMos.

“Saya menjangkakan di antara tiga empat negara di Asia Tenggara dan Timur Tengah seperti Vietnam, Indonesia, Malaysia dan Arab Saudi berpotensi untuk menjadi pelanggan peluru berpandu BrahMos,” kata beliau yang mengetuai syarikat usahasama India-Russia itu.

Brahmos

Selain Arab Saudi, Oman turut telah menunjukkan minat terhadap peluru berpandu yang dibangunkan secara bersama oleh India dan Russia.

Laporan media baru-baru ini menyatakan bahawa Indonesia dan India sedang berada di peringkat rundingan lanjut (advance talks) bagi mengeksport sistem peluru berpandu BrahMos kepada negara Asia Tenggara itu.

Jikalau Jakarta memilih BrahMos, ia akan menjadi negara Asia Tenggara kedua yang memilih peluru berpandu berkenaan selepas Filipina menandatangani perjanjian bernilai US$375 juta (RM1.5 bilion) dengan India untuk memiliki sistem itu.

Manila memilih sistem peluru berpandu BrahMos yang boleh dilancarkan daripada kenderaan bergerak.

Menurut syarikat BrahMos, Jakarta mula menunjukkan minat untuk mendapatkan sistem peluru berpandu BrahMos pada 2018,malah syarikat telah pun menghantar pegawainya ke Surabaya untuk meninjau kemungkinan sistem itu dipasang di kapal perang Indonesia.

Brahmos

Perolehan sistem itu oleh negara Asia Tenggara itu turut menjadi topik perbincangan apabila Menteri Pertahanan Indonesia berkunjung ke India pada tahun lepas.

“Saya menjangkakan rundingan dengan Indonesia akan diselesaikan pada akhir tahun ini atau tahun depan,” kata Atul.

Indonesia berminat untuk memasang peluru berpandu itu di kapal-kapal perangnya.

Brahmos

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Peluru berpandu BrahMos adalah peluru berpandu supersonik kerana ia berkemampuan meluncur pada kelajuan 2.8 Mach sama ada dilancarkan oleh kapal perang, kenderaan pelancar bergerak atau pesawat.

Dengan kelajuan yang supersonic dan low-signature kepada radar musuh,  BrahMos boleh membedil sasaran sejauh 290km, malah didalam varian extended-range jarak bedilan peluru berpandu itu telah dipertingkatkan kepada kira-kira 350km.

Payload peluru berpandu BrahMos pula adalah sekitar 300kg. — DSA

 

Comments
Loading...