Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Filipina Anugerah Kontrak Pembelian Peluru Berpandu Anti-Kapal “Brahmos”

Filipina mahu menggunakan sistem peluru berpandu Brahmos itu untuk mencegah China daripada sebarang cubaan merampas dan menduduki pulau atau terumbu-terumbu karang yang berada dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) di Laut China Selatan.

0 8,002

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kementerian Pertahanan Filipina telah menganugerahkan kontrak bernilai US$374 juta (RM1.5 bilion) kepada Brahmos Aerospace Private Ltd untuk membekalkan sistem peluru berpandu anti-kapal kepada negara jiran itu.

Dengan penganugerahan itu, Filipina menjadi negara pertama di luar India yang menggunakan sistem peluru berpandu anti-kapal itu yang akan diletakkan di kawasan-kawasan pesisiran pantai negara.

Negara jiran Malaysia itu dilihat mempercepatkan proses beberapa sistem persenjataan untuk angkatan tenteranya, beberapa bulan seperti Presiden Rodrigo Duterte menamatkan penggal perkhidmatannya sebagai Presiden Filipina.

Filipina mahu menggunakan sistem peluru berpandu Brahmos itu untuk mencegah China daripada sebarang cubaan merampas dan menduduki pulau atau terumbu-terumbu karang yang berada dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) di Laut China Selatan.

Selepas ini, kapal-kapal pengawal pantai China perlu “berfikir dua kali” sebelum menghampiri mana-mana pulau atau terumbu karang Filipina.

Brahmos

Sistem peluru berpandu anti-kapal Brahmos merupakan usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.

Filipina dijangka memperolehi varian sistem peluru berpandu anti-kapal “Brahmos” yang mempunyai jarak effektif kira-kira 300km dengan kelajuan supersonik 2.8 Mach.

Peluru berpandu Brahmos itu membawa kira-kira 200kg bahan peledak berkuasa tinggi.

Brahmos
Surat anugerah kontrak daripada Filipina kepada syarikat Brahmos Aerospace Pvt Ltd.

 

India dan Russia dikatakan sedang membangunkan peluru berpandu hypersonic Brahmos itu memiliki kelajuan sehingga 7 Mach dengan jaraknya effektiknya adalah sejauh 750km.

Bagaimanapun, terdapat juga media-media tempatan India yang mendakwa negara itu akan menggandakan jarak sasaran “Brahmos” kepada 1,500km.

Brahmos

Peluru berpandu Brahmos merupakan peluru berpandu kruis jarak sederhana yang menggunakan teknologi ramjet yang boleh dilancarkan daripada pelbagai platform sama ada udara, kapal, kapal selam serta kawasan pesisir pantai.

Selain Filipina, New Delhi turut mengadakan rundingan dengan beberapa negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia dalam usahanya untuk meluaskan lagi pasaran eksport bagi sistem peluru berpandu itu.

Syarikat usahasama India dan Russia itu turut menyertai pameran LIMA dan DSA dalam usahanya mempromosi sistem peluru berpandu itu kepada Malaysia, namun tidak berhasil sehingga kini. — DSA

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

 

Comments
Loading...