Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Hezbollah Tembak Jatuh Dron Hermes 450 Kelima Milik Israel Sejak Konflik Tercetus

(VIDEO) Ia adalah dron Hermes yang kelima berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Hezbollah sejak konflik di selatan Lubnan itu tercetus di antara kumpulan bersenjata pro-Iran dengan tentera Israel.

0 986

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pejuang-pejuang Hezbollah telah menembak jatuh sebuah lagi dron milik tentera Israel, Hermes 450 di kawasan al-Aishiya di selatan Lubnan ketika ia sedang menjalankan kerja-kerja Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR).

Al-Aishiya itu terlekat kira-kira 13km dairpada sempadan selatan Lubnan dan utara Israel.

Ia adalah dron Hermes yang kelima berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Hezbollah sejak konflik di selatan Lubnan itu tercetus di antara kumpulan bersenjata pro-Iran dengan tentera Israel.

Selain dron Hermes 450, pejuang Hezbollah turut menembak jatuh turut dron Hermes 900 yang lebih besar dioperasikan oleh tentera Israel.

Juga dikenali dengan nama “Zik” dikalangan tentera Israel, dron Hermes 450 yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems digunakan untuk tugas-tugas ISR serta juga boleh dilengkapkan dengan sistem persenjataan untuk operasi serangan.

Kumpulan pejuang Hezbollah turut mengedar video menunjukkan penembakan jatuh dron Hermes 450 itu.

Kumpulan Hezbollah dipercayai menggunakan peluru berpandu udara ke darat untuk menembak jatuh dron Hermes 450 milik tentera Israel itu.

Menurut media Israel, tentera negara itu menggunakan dron Hermes untuk memantau kawasan selatan Lubnan tetapi kejayaan pejuang-pejuang Hezbollah menembak jatuh pesawat tanpa pemandu tentera Yahudi itu mencabar kekuasaan Angkatan Tentera Israel (IDF).

Sebelum ini, penganalisis tentera di Israel menyatakan bahawa kumpulan bersenjata Hezbollah kini menggunakan peluru berpandu canggih dwi-mod (dual mode) buatan Iran untuk menangani kehadiran dron-dron yang dioperasikan oleh tentera Israel di kawasan selatan Lubnan.

Peluru berpandu dwi-kegunaan canggih Iran itu yang sebelum ini menjadi “misteri” kepada Barat  bertanggungjawab menembak jatuh dron-dron milik Amerika Syarikat di Yemen dan kini ia memberikan ancaman yang besar kepada tentera Israel yang mengoperasikan dron di kawasan selatan Lubnan.

Hermes
Dron Hermes 450

 

Laporan dalam media Israel Haaretz, penganalisis tentera itu berkata, peluru berpandu canggih buatan Iran yang kini digunakan oleh Hezbollah di selatan Lubnan dikenali sebagai “Saqr 358” dan ia memiliki kombinasi kemampuan sebagai sebuah dron berani mati dan juga peluru berpandu anti-pesawat.

Peluru berpandu dwi-mod “Saqr 358” itu menggabungkan kemampuan sebagai dron berani mati dan juga peluru berpandu anti-pesawat dengan sasaran utama adalah dron-dron yang dioperasikan oleh musuh Iran di kawasan-kawasan konflik di Timur Tengah.

Dibangunkan oleh Iran, peluru berpandu canggih itu turut digunakan dengan berkesan oleh kumpulan-kumpulan proksi Iran di beberapa kawasan konflik di Timur Tengah seperti Houthi di Yemen dan beberapa kumpulan bersenjata lain di Iraq dan kini oleh Hezbollah di selatan Lubnan.

Sejak 2020, kumpulan bersenjata Houthi telah mengeluarkan video menunjukkan penggunaan peluru berpandu “Saqr 358” sebagai peluru berpandu anti-pesawat dalam memusnahkan pesawat pejuang, helikopter dan dron-dron.

Dalam video-video terbabit, ia menunjukkan “Saqr 358” merapati sasaran sebelum ia meletup hampir pada sasaran sekaligus menyebabkan kemusnahannya.

Hermes
Dron Hermes 900 buatan syarikat Elbit Systems.

 

Versatiliti dan keberkesanan peluru berpandu dwi-mod canggih Iran itu menyebabkan “Saqr 358” menjadi senjata pilihan kepada kumpulan-kumpulan proksi Iran di Timur Tengah untuk menangani dron-dron musuh, memberikan mereka kemampuan untuk menganggu dan menangani kemampuan pengintipan serta pengawasan oleh pihak musuh terutamanya sekutu Amerika Syarikat.

Peningkatan penggunaan peluru berpandu canggih Iran itu telah memberikan cabaran yang hebat kepada operasi tentera Israel, terutamanya kepada unit-unit yang bergantung kepada penggunaan dron-dron.

Dengan memusnahkan platform tanpa pemandu Israel itu, Hezbollah dan kumpulan-kumpulan bersenjata pro-Iran yang lain mengurangkan kemampuan tentera Yahudi itu mengawasi serta melaksanakan serangan-serangan tepat (precision strikes) atau pengumpulan maklumat perisikan.

Setakat ini tidak banyak yang diketahui tentang spesifikasi teknikalnya peluru berpandu dwi-mod itu, tetapi “Saqr 358” memiliki panjang hampir 3 meter manakala diameternya peluru berpandunya adalah 152mm.

Berat keseluruhannya adalah 50kg dan menggunakan enjin turbojet yang kecil serta berkemampuan terbang dalam jarak daripada 10km sehingga kepada 100km.

Saqr
“Saqr 358”
Saqr
“Saqr-358”

 

Peluru berpandu canggih Iran itu menggunakan peledak High Fragmentation seberat 10kg dan ia tidak memerlukan sistem pelancaran yang canggih, selain mudah dipindahkan daripada satu lokasi ke satu lokasi.

Peluru berpandu dwi mod itu juga dilihat telah menyertai beberapa perarakan oleh tentera Iran yang memaparkan “Saqr 358.”

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa pihak bersekutu diketuai oleh Amerika Syarikat telah berjaya merampas peluru-peluru berpandu “Saqr 358” daripada kapal-kapal komersial yang membawa senjata-senjata Iran ke kawasan kumpulan Houthi di Yaman.– DSA

Iklan

 

Comments
Loading...