Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Filipina Bakal Meterai Perjanjian Beli “Brahmos”

0 278

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Filipina akan menandatangani perjanjian pembelian peluru berpandu kruis “Brahmos” dengan India pada tahun depan, sekaligus meningkatkan lagi kemampuan angkatan tenteranya menangani ancaman.

Perjanjian pembelian itu bakal menjadikan Filipina sebagai negara pertama di luar India yang menggunakan peluru berpandu kruis “Brahmos.”

Perkara ini disahkan oleh akhbar India, Hindustan Times yang memetik sumber-sumber yang dekat dengan perjanjian yang bakal berlaku itu.

Akhbar itu menyatakan versi “ Brahmos” yang bakal diperolehi oleh Manila itu mempunyai kemampuan untuk menembak sasaran sejauh 500km.

Brahmos
Menurut akhbar Hindustan Times, versi peluru berpandu Brahmos mampu mengenai sasaran sejauh 500km.

Takpe tuan-tuan dan puan-puan, jangan kalut, kita mempunyai kekuatan daripada segi diplomatik untuk memenangi konflik bersenjata jika ianya berlaku. Lagipun Pak Menteri selalu kata kita ni tiada musuh, so takyah beli apa-apa.

“Kita nak berperang dengan sapa,” itulah yang selalu diulang oleh Pak Menteri tu.

Menurut Hindustan Times lagi, perjanjian pembelian “ Brahmos” itu dijangka berlaku ketika sidang kemuncak di antara Presiden Narendra Modi dan rakan sejawatannya daripada Filipina, Rodrigo Duterte pada Februari tahun depan.

 

Satu pasukan daripada Brahmos Aerospace iaitu syarikat usahasama New Delhi dan Manila dijangka berkunjung ke Filipina pada Disember ini untuk memuktamadkan perjanjian itu.

Brahmos Aerospace ini adalah syarikat usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.

“Pasukan daripada Brahmos itu akan menyelesaikan beberapa perkara bagi membolehkan perjanjian ditandatangani pada sidang kemuncak kedua-dua pemimpin itu. Perkara-perkara lain telah pun diselesaikan,” kata sumber itu kepada akhbar Hindustan Times.

Timbalan Duta Russia ke India Roman Babushkin berkata, Russia dan India akan meningkatkan lagi jarak peluru berpandu Brahmos secara berperingkat dan mula menjualnya kepada beberapa negara dengan Filipina sebagai negara pertama.

Brahmos
Peluru berpandu Brahmos (foto internet)

“Brahmos” ini akan melengkapkan Bateri Peluru Berpandu Lancar Darat Pertama Filipina yang diaktifkan pada Oktober lepas.

Negara jiran Malaysia itu menjangkakan, ia akan mula menerima peluru berpandu “ Brahmos” itu pada 2024 dan menjelang tahun 2028 Manila berkeyakinan ia sudah mampu mempertahankan Filipina daripada serangan luar.

Selain Filipina, India juga sedang berunding dengan Thailand, Vietnam dan Indonesia untuk menjual peluru berpandu “Brahmos.”

Duterte
“I’m watchin you,” – Rodrigo Duterte. (foto internet)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA 

 

Comments
Loading...