ROKETSAN Kerjasama Dengan Indonesia Hasilkan Peluru Berpandu Anti-Kapal ATMACA

“Dalam skop perjanjian yang kami tandatangani bersama syarikat industri pertahanan yang berpangkalan di Indonesia, kami akan melaksanakan pengeluaran peluru berpandu anti-kapal ATMACA, peluru berpandu kruis serta pelbagai sistem peluru pintar.” -- Ketua Pegawai Eksekutif ROKETSAN Murat Ikinci
ROKETSAN Kerjasama Dengan Indonesia Hasilkan Peluru Berpandu Anti-Kapal ATMACA
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Turkiye, ROKETSAN telah menandatangani perjanjian dengan Indonesia untuk mengeluarkan secara bersama beberapa sistem persenjataan termasuk peluru berpandu anti-kapal, peluru berpandu kruis dan sistem peluru pintar.
Mengesahkan perkara itu ketika Forum Diplomasi Antalya 2025, Ketua Pegawai Eksekutif ROKETSAN Murat Ikinci berkata, antara peluru berpandu yang dihasilkan bersama dengan Indonesia adalah peluru berpandu anti-kapal ATMACA, peluru berpandu kruis dan pelbagai sistem peluru pintar yang lain.
“Dalam skop perjanjian yang kami tandatangani bersama syarikat industri pertahanan yang berpangkalan di Indonesia, kami akan melaksanakan pengeluaran peluru berpandu anti-kapal ATMACA, peluru berpandu kruis serta pelbagai sistem peluru pintar.”
“Antara keutamaan utama kami ialah pemindahan teknologi, pengukuhan infrastruktur industri pertahanan Indonesia dan pelaksanaan program latihan,” kata beliau.
Ikinci yang berpeluang mengadakan pertemuan dengan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada forum tersebut berkata, “Kami berpeluang mengadakan pertemuan secara langsung dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di sini (Antalya Forum).”
“Meningkatkan tahap hubungan dua hala ini amat penting bagi memperkukuh eksport industri pertahanan kami.”
Kerjasama di antara ROKETSAN dan Indonesia turut merangkumi perancangan pemindahan teknologi, pembangunan infrastruktur tempatan serta program latihan untuk jurutera dan juruteknik negara Asia Tenggara itu.
Atmaca
“ATMACA”
“Kerjasama ini bukan sahaja membuka peluang untuk mengembangkan keupayaan industri Türkiye, malah membantu negara rakan memperkukuh ekosistem pertahanan mereka sendiri,” kata Ikinci.
Beberapa hari lalu, pada pertemuannya dengan Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan, Probowo telah secara terbuka menyatakan hasratnya untuk menyertai program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima Turkiye, KAAN.
Prabowo menyatakan bahawa Jakarta berminat untuk menyertai program pembangunan pesawat pejuang KAAN dan juga program pembangunan kapal selam kebangsaan Turkiye.
“Indonesia mahu menyertai pembangunan pesawat pejuang generasi kelima KAAN serta projek pembinaan kapal selam bersama industri pertahanan Turkiye,” kata Presiden Indonesia sebagaimana dilaporkan oleh agensi berita ANTARA, tanpa menghuraikan lanjut.
Pada tahun lepas, Indonesia telah memberikan kontrak kepada syarikat tempatannya, PT Republik Defensindo untuk memperolehi 45 buah peluru berpandu anti-kapal ATMACA buatan syarikat ROKETSAN.
Selari dengan itu, Jakarta muncul sebagai negara luar Turkiye yang menggunakan peluru berpandu anti-kapal itu.
“ATMACA”.
 
Malaysia menjadi negara kedua di Asia Tenggara apabila ia memilih peluru berpandu anti-kapal ATMACA untuk melengkapkan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 yang sedang dibina oleh syarikat  Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) daripada Turkiye.
Peluru berpandu anti-kapal  ATMACA yang memiliki panjang di antara 4.3 meter hingga 5.2 meter dan berat 750 kg itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km, berbanding hanya 130km bagi peluru berpandu anti-kapal Harpoon Block II keluaran Amerika Syarikat.
Manakala peluru berpandu anti-kapal “Exocet Block III” pula berkemampuan membedil sasaran laut sejauh 200km.
Untuk panduan, sistem peluru berpandu anti-kapal keluaran Turkiye itu menggunakan panduan Inertial Navigation System (INS) dan Global Positioning System (GPS).
Menurut ROKETSAN, peluru berpandu anti-kapal ATMACA mampu beroperasi secara autonomous, radar cross-section (RCS) yang rendah, boleh beroperasi dalam semua keadaan cuaca dan berkemampuan berhadapan dengan pelbagai sistem countermeasures.
Ia juga mendakwa ATMACA berkemampuan merangka pelan misi secara 3D, selain target update  dan mission-abort menerusi datalink.
ATMACA telah dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN sejak 10 tahun lalu tetapi hanya didedahkan kepada awam pada 2019. 
Prabowo dan Erdogan dalam pertemuan baru-baru ini.
Pada tahun 2023, Turkiye menyatakan bahawa ia akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kapal Harpoon buatan Amerika Syarikat yang digunakan oleh 11 buah kapal perangnya dengan peluru berpandu anti-kapal ATMACA dibangunkan oleh ROKETSAN.
Tindakan negara Mediterranean untuk memastikan ia berdikari dalam pembuatan sistem dan komponen pertahanan miliknya sendiri.
Peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan ATMACA itu akan menggantikan lebih 350 buah peluru berpandu anti-kapal Harpoon buatan Amerika Syarikat yang telah berusia, dengan kerja-kerja integrasi peluru berpandu anti-kapal tempatan dijangka selesai dilaksanakan pada 2027.
Turkiye dijangka dalam menjimatkan kira-kira US$500 juta (RM2.25 bilion) dengan menggantikan peluru berpandu anti-kapal Harpoon dengan peluru berpandu anti-kapal ATMACA buatan tempatan itu.
Kos peluru berpandu anti-kapal ATMACA itu dikatakan hanya separuh berbanding kos perolehan peluru berpandu anti-kapal Harpoon.
— DEFENCE SECURITY ASIA

ATMACAIndonesiaRoketsan
Comments (0)
Add Comment