Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ruang Udara, Perairan Terpaksa Ditutup, Peluru Berpandu Harpoon Kapal Perang Denmark “Tersekat” Di Pelancar

Berikutan masalah teknikal dihadapi oleh sistem peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” milik friget “Niels Juels”, maka kerajaan Denmark telah mengambil langkah drastik dengan menutup ruang udara dan perairan di bandar Korsor yang terletak di laluan penting antara Laut Utara (North Sea) dan Laut Baltik.

0 18,755

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal friget Tentera Laut Denmark “Niels Juel” mengalami detik mencemaskan apabila peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” miliknya “tersekat” di sistem pelancarnya walaupun krew kapal perang itu telah mengaktifkan pelancarannya.

Peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” itu sepatutnya dilancarkan oleh kapal friget Denmark itu sebagai sebahagian daripada latihan maritim anjuran NATO bersama negara-negara anggota pakatan tentera itu yang lain.

Latihan maritim NATO itu berlangsung baru-baru ini.

“Sistem booster peluru berpandu anti-kapal Harpoon itu telah diaktifkan, tetapi peluru berpandu itu gagal meninggalkan sistem pelancarnya berikutan masalah teknikal dan  ia telah tersekat di dalam pelancarnya.”

“Langkah-langkah keselamatan yang ekstensif dan menyeluruh diambil kerana peluru berpandu anti-kapal Harpoon itu dilengkapi dengan kepala peledak seberat 150kg dan peluru berpandu boleh dilancar (berlepas daripada sistem pelancarnya) pada bila-bila masa kerana sistem boosternya peluru berpandu itu telah diaktifkan,” menurut laporan media tempatan Denmark.

Denmark
Peluru berpandu Harpoon

 

Krew kapal friget Denmark itu berusaha beberapa kali untuk membatalkan pengaktifkan sistem booster peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” itu dan pelancarannya, tetapi gagal.

Berikutan masalah teknikal dihadapi oleh sistem peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” milik friget “Niels Juels”, maka kerajaan Denmark telah mengambil langkah drastik dengan menutup ruang udara dan perairan di bandar Korsor yang terletak di laluan penting antara Laut Utara (North Sea) dan Laut Baltik.

Bandar Korsor juga menempatkan pangkalan laut utama bagi Denmark.

Kerajaan Denmark bertindak menutup ruang udara dan perairan berhampiran lokasi kapal bermasalah itu kerana ia bimbang peluru berpandu anti-kapal Harpoon milik friget “Niles Juel” itu boleh dilancarkan secara tiba-tiba dan membedil apa-apa “sasaran” di dalam jarak radius operasinya iaitu kira-kira 150km.

Berikutan daripada masalah teknikal itu, pakar-pakar daripada Kementerian Pertahanan Denmark telah bergegas ke kapal perang itu untuk menyiasat kejadian itu.

Selepas melakukan siasatan, mereka mendapati peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” yang bermasalah itu tidak menimbulkan risiko dilancarkan secara tiba-tiba dan ruang udara serta laut di kawasan persekitaran kembali kepada normal.

Denmark
Pelancar Peluru Berpandu Harpoon

 

Masalah teknikal yang dialami oleh kapal friget Tentera Laut Denmark “Niels Juel” merupakan yang kedua dalam tempoh beberapa hari selepas sebuah lagi kapal friget “Iver Huitfeld” negara itu turut mengalami masalah teknikal serius ketiga bertugas di Laut Merah.

Masalah teknikal dialami oleh kapal friget “Iver Huitfeld” Denmark di Laut Merah itu memaksanya meninggalkan kawasan operasi untuk belayar pulang ke negara asalnya dan menyebabkan Ketua Staf tenteranya dipecat.

Kapal perang moden “Iver Huitfeld” Tentera Laut Denmark itu dilaporkan berhadapan dengan masalah yang serius melibatkan radar active phased array miliknya serta sistem pengurusan combat (combat management system) C-Flex sehingga menjejaskan prestasi keseluruhan kapal perang itu.

Sebagaimana didedahkan oleh laman web “Olfi” negara itu, komponen-komponen kritikal yang bermasalah di kapal perang “Iver Huitfeld” itu dibina oleh syarikat Thales Nederland dan juga syarikat daripada Denmark, Terma.

“Menurut komunikasi daripada kapten kapal perang itu, masalah dihadapi oleh komponen terbabit adalah amat serius sehingga ia tidak dapat menggunakan sistem pertahanan udaranya, RIM-162 Evolved Sea Sparrow Missiles (ESSM) selama kira-kira 30 minit,” katanya.

Denmark
“Niels Juel”

 

Sistem pertahanan udara ESSM itu melindungi kapal perang terbabit daripada sebarang ancaman samada dron berani mati atau peluru berpandu anti-kapal.

Selain itu,kapal friget “Iver Huitfeld” milik Tentera Laut Denmark juga berhadapan dengan masalah serius melibatkan meriam 76mm miliknya yang gagal berfungsi dalam lebih daripada satu insiden ketika beroperasi.

Kegagalan sistem-sistem kritikal ini beroperasi telah mendedahkan kapal perang moden itu kepada bahaya. — DSA

Iklan

 

Comments
Loading...