Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Laut Turki Ganti “Harpoon” Dengan “Atmaca”

Penggantian peluru berpandu anti-kapal “Atmaca”di kesemua kapal perang Tentera Laut Turki itu akan dilakukan di dalam tempoh dua hingga tiga tahun, melibatkan kira-kira 350 buah peluru berpandu “Harpoon”.

0 3,383

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turki akan menggantikan kesemua peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat  dengan peluru berpandu anti-kapal “Atmaca” buatan tempatan di kesemua kapal-kapal perang milik Tentera Lautnya.

Peluru berpandu anti-kapal “Atmaca” itu dibangunkan oleh dua buah syarikat pertahanan Turki sendiri iaitu, Roketsan dan Aselsan.

Penggantian peluru berpandu anti-kapal “Atmaca”di kesemua kapal perang Tentera Laut Turki itu akan dilakukan di dalam tempoh dua hingga tiga tahun, melibatkan kira-kira 350 buah peluru berpandu “Harpoon”, menurut sumber kepada portal pertahanan antarabangsa, Defense News.

ATMACA
Peluru berpandu anti-kapal “ATMACA”.

 

Tindakan menggantikan peluru berpandu “Harpoon” buatan syarikat Boeing yang selama ini digunakan oleh tentera laut Turki dengan peluru berpandu anti-kapal tempatan “Atmaca” itu akan membantu Turki menjimatkan kira-kira US$500 juta (RM2 bilion).

Penjimatan itu mampu dilakukan kerana harga peluru berpandu “Atmaca” adalah 50 peratus lebih murah berbanding peluru berpandu buatan Amerika Syarikat itu.

“ATMACA” telah dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN sejak 10 tahun lalu tetapi hanya didedahkan kepada awam pada 2019. 

Atmaca

Peluru berpandu “Atmaca” merupakan peluru berpandu anti-kapal subsonic dan sea-skimming yang mampu membedil sasaran sejauh 220km hingga 280km menggunakan kepala peledak seberat 250kg.

Peluru berpandu ciptaan Turki itu boleh beroperasi dalam semua keadaan cuaca.

Ia dikatakan amat berkesan terhadap sasaran yang berada di laut lepas atau sasaran di kawasan pesisir pantai.

Atmaca
Kesemua kapal perang Tentera Laut Turki akan dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan “Atmaca.”

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kinaliada
Kapal korvet “Kinaliada.”

 

Pada tahun 2019 selepas hampir 10 tahun dibangunkan, peluru berpandu “Atmaca” yang dibangunkan sendiri oleh industri pertahanan Turki telah dilengkapkan pada sebuah kapal korvet Tentera Laut Turki, TCG Kinaliada.

Setahun selepas itu pada 2020, peluru berpandu tempatan berjaya dilancarkan buat pertama kali,menyusuli pentauliahannya di dalam Tentera Laut Turki tidak lama selepas itu. 

Syarikat yang membangunkannya mendakwa peluru berpandu ini “kebal” daripada segala countermeasures dan boleh membedil sasaran di dalam apa juga keadaan cuaca.

Ia adalah effektif terhadap sasaran di laut lepas dan kawasan pesisir pantai. — DSA

 

Comments
Loading...