Pesawat FA-50 Kini Boleh Lancar Peluru Berpandu Udara-ke-Udara “IRIS-T”

Korea Aerospace Industries (KAI) dan syarikat pertahanan Jerman, Diehl Defence menjalin kerjasama yang bakal menyaksikan pesawat-pesawat pejuang FA-50 dan KF-21 “Boramae” keluaran syarikat Korea Selatan itu dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana “IRIS-T” keluaran syarikat Jerman itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Aerospace Industries (KAI) dan syarikat pertahanan Jerman, Diehl Defence menjalin kerjasama yang bakal menyaksikan pesawat-pesawat pejuang FA-50 dan KF-21 “Boramae” keluaran syarikat Korea Selatan itu dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana “IRIS-T” keluaran syarikat Jerman  itu.

Peluru berpandu udara-ke-udara “IRIS-T” itu dibangunkan oleh Diehl Defence dan mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran udara pada jarak 25km menggunakan panduan infrared homing/radar homing.

Perjanjian kerjasama itu telah ditandatangani di ibu pejabat syarikat Jerman itu di Berlin baru-baru ini yang menyaksikan langkah strategik syarikat Korea Selatan itu untuk menjadikan produknya menjadi lebih menarik untuk pembeli-pembeli berpotensi terutamanya di benua Eropah.

Dua tahun lepas, Poland menjadi pembeli Eropah pertama bagi pesawat pejuang ringan FA-50 apabila ia membeli 48 buah pesawat pejuang itu.

KAI telah pun mengumumkan hasratnya untuk melengkapkan pesawat pejuang yang sedang dibangunkannya pada ketika ini, KF-21 “Boramae” dengan peluru berpandu udara-ke-udara “IRIS-T” sebelum ini.

Peluru berpandu udara-ke-udara “IRIS-T” dibangunkan oleh Diehl Defence.

 

Dan kini pesawat pejuang ringan FA-50 juga bakal dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara keluaran syarikat Diehl itu pada masa depan,

Pengguna-pengguna pesawat pejuang FA-50 di seluruh dunia termasuk Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan jenis peluru berpandu udara-ke-udara yang boleh dilengkapkan pada pesawat pejuang ringannya itu.

Pada April tahun lepas, KAI berjaya melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu udara-ke-udara jarak sederhana “IRIS-T” daripada pesawat pejuang KF-21 “Boramae”.

Pada Mac tahun yang sama, syarikat juga telah berjaya melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor BVR (Beyond Visual Range)” yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan MBDA.

Kerjasama dengan MBDA itu juga bakal menyaksikan pesawat pejuang dibangunkan oleh KAI termasuk KF-21 “Boramae” dengan peluru-peluru berpandu yang lain seperti SPEAR, ASRAAM dan Brimstone yang dibangunkan oleh syarikat MBDA.

Pesawat pejuang KF-21 melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara IRIS-T.

 

Peluru-peluru berpandu SPEAR, ASRAAM dan Brimstone keluaran MBDA itu bukan sahaja berkemungkinan digunakan oleh pesawat KF-21 Boramae dan FA-50 milik Tentera Udara Korea Selatan tetapi juga negara-negara luar yang menggunakan pesawat itu, sekiranya mereka berniat untuk melengkapkan pesawat FA-50 dimiliki mereka dengan sistem persenjataan tersebut.

“SPEAR” atau (Select Precision Effects At Range) merupakan peluru berpandu udara-ke-darat yang berkemampuan membedil sasaran sejauh di antara 130km hingga 140km dengan tepat tanpa menyebabkan “collateral damage.”

Peluru berpandu udara-ke-darat MBDA itu juga digelar sebagai peluru berpandu kruis mini.

Manakala bagi “ASRAAM” atau (Advanced Short Range Air-to-Air Missile), ia adalah peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat yang kini digunakan oleh Tentera Udara British bagi menggantikan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat, AIM-9 keluaran Amerika Syarikat.

Peluru berpandu “kruis mini  SPEAR” 

 

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat “ASRAAM” turut digunakan oleh pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Tentera Udara Britain dan berkemampuan membedil sasaran udara pada jarak 25km dan lebih.

Jikalau “METEOR” adalah peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh atau BVR, peluru berpandu “ASRAAM” adalah untuk memusnahkan ancaman musuh di udara pada jarak dekat.

Manakala “Brimstome” pula, ia adalah peluru berpandu udara-ke-darat keluaran syarikat MBDA yang berkemampuan membedil sasaran di antara 20km hingga 25km. — DSA

(LAGI ARTIKEL TENTANG PESAWAT PEJUANG FA-50)

FA-50featuredIRIS-TKAIKF-21
Comments (0)
Add Comment