Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang FA-50, KF-21 Bakal Dilengkapi Dengan SPEAR, ASRAAM Dan Brimstone

Adakah 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM pada tahun 2026 itu akan turut dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu SPEAR, ASRAAM dan Brimstone?

0 6,675

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat pejuang ringan FA-50 berkemungkinan akan dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu SPEAR, ASRAAM dan Brimstone selepas ini,  selepas Korea Aerospace Industries (KAI) dan MBDA menjalin kerjasama untuk mengintegrasi peluru berpandu itu pada pesawat pejuang ringan itu serta pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae” yang sedang dibangunkan pada ketika ini.

KAI dan MBDA telah pun bekerjasama dalam mengintegrasikan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) “METEOR” pada pesawat KF-21 “Boramae.”

“Kata ketika ini terdapat permintaan yang tinggi bagi pelbagai sistem persenjataan. Kami akan bekerjasama dengan MBDA untuk meningkatkan kemampuan pesawat-pesawat (keluaran kami) untuk pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kang Goo-young.

Peluru-peluru berpandu SPEAR, ASRAAM dan Brimstone keluaran MBDA itu bukan sahaja berkemungkinan digunakan oleh pesawat KF-21 dan FA-50 milik Tentera Udara Korea Selatan tetapi juga negara-negara luar yang menggunakan pesawat itu.

Pada ketika ini, selain Korea Selatan dan beberapa negara lain turut menggunakan pesawat pejuang ringan FA-50 keluaran KAI seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan terbaru Poland serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula pada tahun 2026.

FA-50
Peluru berpandu “SPEAR”
FA-50
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat “ASRAAM”

 

Malaysia menandatangi perolehan 18 buah pesawat FA-50 Block 20 bernilai RM4 bilion dengan KAI pada LIMA 2023 di Langkawi pada Mei lalu.

Adakah 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50 Block 20 yang bakal dimiliki oleh TUDM pada tahun 2026 itu akan turut dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu SPEAR, ASRAAM dan Brimstone?

Pada pameran LIMA 2023 di Langkawi Mei lepas, pengurusan kanan KAI juga menyatakan bahawa TUDM adalah antara tentera udara yang berpotensi besar untuk memiliki pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae.

“SPEAR” atau (Select Precision Effects At Range) merupakan peluru berpandu udara-ke-darat yang berkemampuan membedil sasaran sejauh di antara 130km hingga 140km dengan tepat tanpa menyebabkan “collateral damage.”

Peluru berpandu udara-ke-darat MBDA itu juga digelar sebagai peluru berpandu kruis mini.

FA-50
Peluru berpandu udara-ke-darat “Brimstone”
KF-21
KF-21 “Boramae” ketika melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “METEOR”.

 

Manakala bagi “ASRAAM” atau (Advanced Short Range Air-to-Air Missile), ia adalah peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat yang kini digunakan oleh Tentera Udara British bagi menggantikan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat, AIM-9 keluaran Amerika Syarikat.

Peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat “ASRAAM” turut digunakan oleh pesawat pejuang Eurofighter Typhoon Tentera Udara Britain dan berkemampuan membedil sasaran udara pada jarak 25km dan lebih.

Jikalau “METEOR” adalah peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh atau BVR, peluru berpandu “ASRAAM” adalah untuk memusnahkan ancaman musuh pada jarak jauh.

Manakala “Brimstome” pula, ia adalah peluru berpandu udara-ke-darat keluaran syarikat MBDA yang berkemampuan membedil sasaran di antara 20km hingga 25km. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...