Enam Pesawat Pejuang F-16 Block 72 Taiwan Rosak Akibat Gempa Bumi

Laporan media negara pulau itu yang sedang berhadapan dengan ancaman pencerobohan China menyatakan sekurang-kurangnya enam buah pesawat pejuang F-16 Block 72 itu mengalami kerosakan apabila pangkalan tenteranya di Hualien turut dilanda gempa bumi.

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Gempa bumi 7.5 pada skala Richter yang melanda pulau Taiwan turut turut menjejaskan sistem pertahanannya, dengan laporan-laporan media negara itu menyatakan pesawat pejuang F-16 Block 72 turut mengalami kerosakan.

Laporan media negara pulau itu yang sedang berhadapan dengan ancaman pencerobohan China menyatakan sekurang-kurangnya enam buah pesawat pejuang F-16 Block 72 itu mengalami kerosakan apabila pangkalan tenteranya di Hualien turut dilanda gempa bumi.

Pangkalan udara Hualien terletak di timur pulau itu antara pangkalan udara terpenting di negara itu, dengan ia menjadi lokasi di mana pesawat-pesawat tentera udara Taiwan terutamanya F-16 dikerah (scramble) untuk memintas pesawat pesawat pejuang China yang menceroboh zon ADIZ Taiwan.

Keenam-enam pesawat F-16 Block 72 dan sebuah pesawat pejuang F-5 itu mengalami kerosakan akibat pelanggaran sesama sendiri apabila gempa bumi menggoncang pangkalan utama Tentera Udara Taiwan.

Namun, pihak berkuasa Taiwan menyatakan bahawa kerosakan dialami oleh pesawat-pesawat pejuang itu adalah tidak kritikal dan ianya boleh diperbaiki bagi membolehkan ia terus beroperasi dalam waktu terdekat.

F-16 Taiwan

 

Namun media-media Taiwan melaporkan pangkalan udara itu mengalami kerosakan, dengan dinding di bangunan retak sehingga menyebabkan kubu-kubunya dan hangar tidak selamat untuk digunakan.

Sejak 2016, Taiwan telah bertindak menaiktaraf 139 buah pesawat pejuang F-16 miliknya ke varian F-16 Block 70/72 dalam program naiktaraf yang dianggarkan menelan belanja US$4.5 billion (RM20.25 billion).

Pesawat pertama yang telah dinaiktaraf itu telah diserahkan kepada Taiwan pada 2018.

Taiwan memperolehi sejumlah 150 buah pesawat pejuang F-16A/B pada tahun 1992.

Program naik taraf pesawat pejuang F-16 Taiwan itu dinamakan “Peace Phoenix Rising”, dengan pesawat terakhir di dalam program itu yang telah selesai menjalani usaha naik taraf telah diserahkan kepada Taiwan pada Disember tahun lepas.

Pada 2019, Taiwan menambah perolehan sebanyak 66 F-16 Block 70 yang akan dihantar kepada pulau itu pada 2023 hingga 2026.

Usaha menaiktaraf pesawat-pesawat pejuang F-16 Taiwan ke tahap yang sama atau lebih berbanding pesawat F-16 Tentera Udara Amerika Syarikat bertujuan membantu pulau itu menangani ancaman pencerobohan oleh negara jirannya yang lebih besar iaitu, China.

China tetap menganggap bahawa Taiwan itu adalah sebahagian daripada wilayahnya dan mendesak pulau itu kembali menjadi sebahagian daripadanya, sama ada menerusi cara-cara aman atau kekerasan.

Program menaiktaraf pesawat-pesawat pejuang F-16 Taiwan ke konfigurasi Block 70/72  itu antaranya membabitkan kerja-kerja melengkapkan pesawat pejuang itu dengan radar AN/APG-83 Active Electronically-Scanned Array (AESA) buatan Northrop Grumann, Sniper advanced targeting pod, Link 16, Helmet-Mounted Cueing System, GPS navigation, sistem persenjataan terkini,  modular mission computer dinaitaraf dan ethernet high speed data network. 

Beberapa jam sebelum kejadian gempa bumi yang melanda Taiwan itu, Kementerian Pertahanan Taiwan mengumumkan bahawa 30 buah pesawat pejuang China dan sembilan buah kapal perang negara itu dikesan berada di dalam kawasan Air Defence Identification Zone (ADIZ) Taiwan.

 Sejak beberapa hari lalu, tentera China telah melaksanakan latihan-latihan perang di kawasan sekitar dengan Taiwan. — DSA

F-16featuredGempa BumiTaiwan
Comments (1)
Add Comment