Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Misi “Memburu” Kapal Perang China Oleh Pesawat F-16V Taiwan

Sekiranya konflik bersenjata tercetus antara Taiwan dan China pada ketika ini, sudah semestinya kapal-kapal perang China bakal menjadi mangsa kepada bedilan peluru-peluru berpandu anti-kapal "Harpoon" yang dilancarkan oleh pesawat-pesawat F-16 Taiwan itu.

0 2,007

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Taiwan telah bertindak melengkapkan pesawat-pesawat F-16V terkini miliknya dengan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” dalam misi “memburu” kapal-kapal perang China yang berkeliaran di sekeliling perairan pulau itu pada ketika ini terutamanya di bahagian timur.

Sekiranya konflik bersenjata tercetus antara Taiwan dan China pada ketika ini, sudah semestinya kapal-kapal perang China bakal menjadi mangsa kepada bedilan peluru-peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” yang dilancarkan oleh pesawat-pesawat F-16 Taiwan itu.

Media-media tempatan Taiwan turut mengeluarkan gambar pesawat-pesawat F-16 Taiwan itu dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” ketika ia berlepas daripada pangkalan udara untuk misi rondaan.

F-16V
Pesawat F-16V Taiwan dalam hardened bunker di salah sebuah pangkalan udara di pulau itu.

 

China telah melancarkan latihan perang di sekeliling perairan Taiwan, sebagai reaksi kerasnya terhadap lawatan speaker Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke pulau yang Beijing anggap sebagai miliknya beberapa hari lepas.

Beijing turut melancarkan butir 11 peluru berpandu balistik jarak dekat DF-15 dan DF-16 dalam latihan perang itu, dua daripadanya melintasi ruang udara Taiwan manakala lima butir “mendarat” di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Jepun.

Menurut media Taiwan, pesawat-pesawat F-16 milik tentera udara pulau itu dipercayai beroperasi daripada Pangkalan Udara Hualien, di timur negara itu.

Selaras dengan ketegangan pada ketika ini, semua pengkalan udara dan tentera Taiwan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi.

Dalam gambar yang dikeluarkan oleh media tempatan, salah sebuah pesawat F-16 Taiwan yang dirakam ketika berlepas daripada pangkalan udara itu sambil membawa dua buah peluru berpandu anti-kapal “Harpoon”, dua buah peluru berpandu udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM,dua buah AIM-9 dan ALQ-184 electronic warfare kapsul.

F-16V

Tentera Udara Taiwan berkeyakinan bahawa pesawat-pesawat pejuangnya itu berkemampuan untuk menenggelamkan kapal-kapal perang China apabila diberikan arahan untuk berbuat demikian.

Kementerian Pertahanan Taiwan turut mengeluarkan gambar-gambar menunjukkan kapal friget milik tentera lautnya, ROCN Cheng Kung “shadow” sebuah kapal destroyer Tentera Laut China, Type 052C Changchun di perairan selatan Taiwan.

F-16V

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sementara itu di ruang udara pula, Kementerian Pertahanan Taiwan mengesan kehadiran 49 buah pesawat kombat China menghampir garisan median Selat Taiwan yang memisahkan wilayah China dengan pulau itu.

Pesawat-pesawat China itu terdiri daripada J-10, J-11,J-16, Su-30, Y-8 Electronic Warfare dan Y-8 Anti-Submarine Warfare. — DSA

F-16V
Gambar menunjukkan kapal friget milik tentera laut Taiwan, ROCN Cheng Kung “shadow” sebuah kapal destroyer Tentera Laut China, Type 052C Changchun di perairan selatan Taiwan.
Comments
Loading...