Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika “Ikat Tangan” Turki Dalam Penjualan Pesawat F-16 Block 70

Bagaimanapun kebenaran yang diberikan oleh pihak kongres Amerika Syarikat kepada Turki untuk membeli pesawat F-16 Block 70 itu sebenarnya "bersyarat." Apakah syarat yang dikenakan oleh Amerik terhadap Turki itu?

0 5,791

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kongres Amerika Syarikat akhirnya meluluskan usul memberikan kebenaran kepada Jabatan Pertahanan negara itu untuk menjual sejumlah pesawat pejuang F-16 Block 70 kepada rakan negara anggota NATO, Turki selepas penjualan itu tertangguh selama beberapa tahun.

Bagaimanapun kebenaran yang diberikan oleh pihak kongres Amerika Syarikat kepada Turki untuk membeli pesawat F-16 Block 70 itu sebenarnya “bersyarat.”

Apakah syarat yang dikenakan oleh kongres  Amerika Syarikat terhadap Turki?

F-16 Turki

Syarat yang dikenakan terhadap Turki adalah, pesawat-pesawat F-16 Block 70 yang dijual oleh Amerika Syarikat itu tidak boleh digunakan oleh Ankara untuk menceroboh ruang udara negara musuh tradisinya iaitu Greek.

Presiden Amerika Jo Biden mempunyai hak untuk menggunakan kuasa veto untuk membatalkan usul yang diluluskan oleh kongress Amerika Syarikat itu. 

Turki sebenarnya berhadapan dengan dilemma, dimana dalam satu segi sudah semestinya ia gembira kerana dapat membeli varian pesawat F-16 termaju untuk pemodenan tentera udaranya, tetapi dalam satu segi usul kongres Amerika Syarikat itu seolah-olah “mengikat tangannya.” 

Apa akan terjadi sekiranya peperangan terjadi diantara Turki dan Greek? Adakah pesawat-pesawat F-16 Block 70 Turki akan hanya digunakan untuk bertahan sahaja dan tidak boleh menyerang? 

Walaupun berhadapan dengan syarat kongres Amerika Syarikat yang ketat terhadap pembelian 40 buah pesawat F-16 Block 70 dan “modification kits” pesawat F-16 yang lain, tetapi ia amat memerlukan pesawat pesawat F-16 Block 70 itu untuk bersaing dengan negara jirannya, Greek yang telah menambah kekuatan udaranya.

Rafale
Paderi memberikan restu kepada pesawat-pesawat Rafale yang baru diterima oleh Greek.

 

Turki merupakan pengguna pesawat F-16 terbesar di luar Amerika dengan kira-kira 250 buah pesawat.

Pada ketika Tentera Udara Turki sedang “dirudung malang” kerana dihalang daripada membeli tambahan pesawat F-16 serta “ditendang keluar” daripada program pembangunan pesawat F-35,  musuh ketatnya iaitu Greek pula baru sahaja menerima enam buah pesawat pejuang Rafale daripada 24 buah yang dibelinya daripada Perancis bernilai US$3.4 bilion (RM13.6 bilion).

Washington mengeluarkan Turki daripada program pembangunan pesawat canggih itu selepas Ankara berkeras mahu membeli sistem pertahanan udara S-400 buatan Russia.

Amerika bimbang Russia akan menggunakan sistem pertahanan udara S-400 yang digunakan oleh Turki itu untuk “mencungkil” rahsia berkenaan pesawat F-35 itu.

F-35B

Sistem pertahanan udara S-400 itu sudah pun dioperasikan oleh tentera udara Turki, tindakan yang membangkitkan lagi kemarahan Washington dan menegangkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara anggota NATO itu.

Turki dan Greek juga adalah anggota NATO.

Ankara sepatutnya membeli kira-kira 100 buah pesawat pejuang F-35, sebelum “dikeluarkan” daripada program pembangunan pesawat itu.

 Selepas “menendang keluar” Turki daripada program pembangunan pesawat pejuang generasi kelima F-35 Joint Strike Fighter dan melarang negara Mediterranean itu daripada membelinya, Washington kini bercadang menjual pesawat F-35 kepada musuh ketatnya iaitu Greek.

S-400
Sistem Pertahanan Udara S-400

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sejak setahun yang lepas, Washington dan Athens telah mengadakan rundingan demi rundingan berkenaan penjualan pesawat halimunan yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin itu kepada Greek.

Dan kini perundingan itu semakin berhasil dengan Greek dijangka membeli kira-kira 20 buah pesawat F-35 bernilai US$3.5 bilion (RM14 bilion).  — DSA

Comments
Loading...